RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Piala AFF Suzuki 2010


Assalamualaikum,

Yeeaahh!!!... itu dia sorakkan dlm kegembiraan rakyat Malaysia terhadap pemain2 Harimau Muda yg berjaya memegang Piala AFF Suzuki 2010. Perlawanan akhir yg diadakan di Malaysia mempersembahkan aksi yg menarik oleh pasukan Harimau Muda kita. Berbanding pada perlawanan kedua, pasukan Indonesia tampak lebih gah!!..

Pada perlawanan pertama di Malaysia, HM memungut nilai mata gol sebanyak 3-0 manakala perlawanan kedua berpihak kpd pasukan Indonesia dgn nila mata gol sebanyak 2-1 Malay. Anyway, pasukan Harimau Muda kita tetap berjaya menjuarai Final ini dgn nilai mata gol yg tinggi.

Semoga kemenangan ini jadi satu permulaan bagi pasukan HM utk lebih gah dlm perlawanan2 seterusnya. Wassalam...

Keputusan PMR 23 Disember 2010


Keputusan PMR pada 23 Disember 2010 menunjukkan pretasi meningkat. Di Johor keputusan PMR adalah yg terbaik selam 4 tahun berturut-turut. Keputusan PMR adalah perkara yg dinanti-nantikan oleh semua pelajar Form3.

Rasa debaran di hati setiap pelajar turut dirasai oleh saya sendiri. Perkara pertama sy buat pada pagi hari sebelum mengambil result disekolah adalah solat Subuh dulu. Second mandi, gosok gigi dan take my cloth. Takkan tak pakai baju kot. Third, kena sarapan. Kalau tak sarapan, boleh pengsan dengar result diumumkan. Lepas itu, tunggu time keputusan. Yang bestnya, dapat jumpa kawan2 yg dah lama tak jumpa dah. Maklumlah, cutikan.

Masa pengumuman pelajar cemerlang, asyik dengar nama2 perempuan jer sehingga lah nama seorang jejaka lelaki yg first. Kemudian diikuti dgn 3 pelajar lelaki cemerlang. Senak juga bila dengar pengumuman tersebut.

Anyway, tahniah kepada semua pelajar yang menduduki PMR dan yg telah mendpt result mereka. Kejayaan merupakan milik semua orang. Kejayaan semtiasa ada sama ada pada yg tua atau muda, miskin atau kaya, macho atau hodoh, dan apa jua pun kita.

Ok, jangan lupa temu janji anda dgn SPM. All the best. Wassalam....

Percutian Di Afamosa Safari


Assalamualaikum kepada semua members. Apa khabar semua? Harap semua sihat. Sorry kalau lama sy tak update. Kadang-kadang sy takde masa. Ikut waktu, busy skit. Hehehee...

Anyway sy nak ceritakan percutian sy bersama bos sy serta pekerja2 nya. Bos sy baik org nya walaupun kitorang berlainan bangsa. Sy dpt lihat semangat 1 Malaysia yg ada pada dirinya. Apapun, kita sambung cerita percutian sy.

Kitorang mula bertolak dari Bukit Beruang. Sebelum sampai ke sana kitorang singgah bersarapan di kedai roti canai yg tidak sy ketahui pemiliknya. Sememangnya sy tak kenal sebab baru first time makan kat situ. Haa, saper belanja? Sudah tentulah bos sy belanja. (Org kaya, memang ler).

Then, kitorang teruskan perjalanan dan akhirnya sampai jugak. Sy tak ambil byk gambar sgt, so sorry kalau takde gambar yg memuaskan hati korang. Pertama sekali bos sy pergi byr tiket baru la kitorang bleh masuk. Kitorang pergi ke petunjukan burung yg bermula pd awal pagi. Di sana, burung pelbagai spesis dipersembahkan termasuk la burung Helang yg berasal dr Langkawi dan burung Kenyalang yg berasal dr Sarawak. Persembahan burung ini memang cukup hebat dgn gaya burung2 ini tersendiri.




Seterusnya, kitorang pergi ke The Island of Monkey. Ianya merupakan sebuah pulau dan kami perlu menaiki bot yg disediakan. Botnya diperbuat daripada kayu buluh. Untuk pergi ke pulau tersebut tidak begitu jauh sgt. Hanya perlu menyeberangi tasik sahaja.





Kemudian, event seterusnya kitorang pergi menonton persembahan cowboy. Persembahan ini dibarisi pelakon-pelakon yg hebat dalam lagak ngeri. Persembahan ini mempersembahkan letupan-letupan yg kuat seperti pistol, bom dan senapang. Memang membingitkan telinga kalau kita menontonnya. BOOM!!! BOMM!!!B..O..M..M..!!!


Lepas itu, sy pergi lihat show haiwan dan gajah. Itu tidak perlulah sy cerita. Macam biasalah, burung terbang, orang utan bergayut, gajah sepak bola dan gajah terbang. Ehh... gajah terbang, bila masa sy tulis ini. Ok anyway, kami pulang ke Melaka selepas itu dgn selamat. Sy tiba di rumah pd waktu mlm. So, alang-alang dah malam, tidur ler. zzz...zzz...zzz

Eh nanti dulu.!!! Sy nak bagitau masa ngah tgk show tadi, tiba-tiba ada org telefon sy. Kedengaran suara org berbangsa Cina. Ini perbualan kami berdua.

Saya : Hello.
Pemanggil : Hello, ini En. Muhd Rusydi bin Hassim?
Saya : Ya, nape?
Pemanggil : Console set PS2 encik sudah sampai.
Saya : Oh, really. (hati ku sungguh2 gembira. Mana taknya beli guna duit sendiri)
Pemanggil : Bila mahu ambil?
Saya : Saya ambil hari Sabtu nanti, ok.
Pemanggil : Ok.
Saya : TQ, bye...


PS2 ku... Wanna try, go get it

Mix Street Dance Crew


Mix Street Dance Crew merupakan team freestyle yang sy jumpa kat Duyong. Diorang juga terdiri daripada rakan-rakan sy sendiri jugak. Setiap hari pada pukul 5 ptg crew ini akan berlatih koreografi yg baru iaitu gaya bebas dlm dance. Tidak kira apa yang mereka tarikan mereka tetap akan berlatih setiap hari.

Saya paling suka lihat mereka berlatih. Mereka ada semangat yg utuh utk memajukan team mereka dlm tarian HipHop ini. Walaupun byk kesilapan yg dpt dilihat sekurang-kurangnya gaya mereka sungguh mengagumkan mata sy. Saya telah melawat Stage Dance mereka di Duyong. Mereka hanya menari di kawasan gelanggang badminton terbuka. Ini pun sudah cukup bagi mereka berlatih.


Kadangkala mereka membuat BattleDance dgn menunjuk kehebatan masing2. Selepas jam dlm handset menunjuk pukul 6.30 ptg, saya mula meminta diri utk beredar pulang. Maklumlah nak dekat magrhib kan. Sy pun kayuh basikal dgn rasa senyum sebab dapat sesuatu yg menarik dan dgn rasa sedih sebab dah lambat nak pulang.

Parkour


Parkour merupakan sukan ekstrem dikalangan remaja sekarang selepas freestyle dance menjadi pilihan yg pertama. Parkour bermula di negara Perancis. Sukan Parkour boleh digunakan ketika menyelamatkan diri semasa keadaan kritikal.

Sukan seperti ini amat berbahaya. Jadi, remaja yg tidak lasak tidak disaran menjadikan sukan ini sebagai pilihan. Parkour mempunyai kemahiran tertentu yang perlu dipelajari. Seperti rolling, memanjat dinding, dan gaya loncatan serta lonjakan tangan & kaki. Gaya berlari juga penting dalam sukan ini.

Dengan adanya pelajaran seperti ini, risiko kemalangan dapat dikurangkan. Parkour juga perlu dilihat dari segi badan seseorang kerana tahap kemampuan dan ketahanan badan perlu ada bagi mengelakkan kesakitan pada badan.

Rombongan Pengawas SMK Bukit Katil

Assalamualaikum,

Kepada semua member sorry kalau dah lama sy tak update. Sebabnya saya dah sibuk bekerja part time kat Jusco Ayer Keroh, Melaka. Ok, hari saya nak tulis beberapa catatan berkenaan dgn percutian saya bersama frenz dan teachez yg saya sayangi. Trip kami bermula daripada Melaka ke Cameron Highland seterusnya Kelantan serta Terengganu. Trip ini mengambil masa tiga hari rasanya. Baiklah, Tanpa membuang masa dan air yang ada dlm bdn kita mula dgn hari pertama.

SELASA...

-11.30 mlm
=> Macam biasalah, kalau dah malam macam ini mesti kitorang bergerak. Lepas check in nama kat dalam bas Ustaz Rizal yang gagah lagi macho bangkit menadah tgn utk membaca doa secara berjemaah bersama-sama kitorang(pelajar2). Kemudian perjalanan dimulakan dgn bunyi kiung...kiung... bas yang kami naiki.

RABU...

-Tidak diketahui tetapi waktu matahari belum terbit iaitu pagi gelap.
=> Aku tersedar. Bas ini dah mula ke kiri dan ke kanan. Memang tidak disangkalkan lagi, aku dlm perjalanan mendaki puncak Cameron. Lantaklah lepas tu, aku tak leh tido.

-5.30 pg
=> Kami tiba di Cameron Highland dimana puncak yg atas itu. Yang peliknya aku malas nak keluar. Takde masa aku. Takde tenaga dan niat utk keluar. Apa-apa hal rehat dulu sebab masjid dekat jer ngan kitorang. Sambung...zzzzzzzz...

-6.10 pg
=> Selepas azan berkumandang, kami turunlah utk menunaikan tanggungjawab sebagai umat islam. Jejak jer kaki kat lantai masjid, pehhhh.... bergetar kaki sy. Memang betul2 sejuk. Belum campur lagi dgn airnya yg begitu sejuk. Walaubagaimanapun, tetap berwudhuk dan solat. Takleh tinggal, dosa tau. Kepada semua yg diluar sana jgn meniggalkan solat. Haram meninggalkan solat. Solat perkara yg wajib.



-7.15 pg
=> Kitorang mula bersarapan. Yang lucunya, saya order langsung tak sampai. Terpaksa la berlapar. Tapi ada yg baik bagi sy air yg dia tak nak. Dapat jugak alas perut. Kalau nak tgk gerai-gerai kat sana sy ada gambarnya di bawah ini.


-8.30 pg
=>Masa yg ditunggu-tunggu telah tiba. Kami pergi melawat kawasan ladang teh dan kilang teh. Masuk jer dlm kilang, hidung sy dah mula megerang kesaiktan sebab tak tahan bau teh yang begitu pekat selepas dihancurkan. Ada yg dlm proses. Kitorang dapat lihat procedure cara pembuatan teh uncang dan dipek kan. Biasanya telan jer air teh tu tapi tak pernah tengok cara pembuatannya.






-10.30 pg
=> Kami pun mengambil kesempatan dgn pergi ke gerai-gerai sekitar Cameron Highlands. Yang menarik perhatian sy, buah apple Cameron berbentuk bujur dan warnanya hijau serta jalurnya adalah warna merah. Pada mulanya sy tidak percaya dengan kata2 cikgu Zaki sy yg memberitahu buah yg kami nampak itu adalah buah apple Cameron. So, saya check it out lah kat kedai tersebut. Selepas sy soal siasat peniaga tersebut, barulah sy mengesahkan kenyataan cikgu sy itu. Lepas membeli kitorang pun belah la seperti slogan 'membeli belah'.



-11.00 pg
=> Kitorang pun bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Kelantan. Dalam perjalanan tersebut macam biasa lah, bas akan terhuyung-hayang sebab turun dari gunung. Setelah perjalanan kami jauh berabad lamanya, sampai jugak kitorang pada pukul 2.30 petang. Apa lagi mencekik kat warong la. Perut pun ngah kecut macam kain jemuran. Bas kat bawah ini pun nak rehat jugak setelah sekian lama mengulingkan kakinya yang bulat itu.


-4.30 ptg
=> Singgah di Masjid Mukim Keroh. Kitorang solat Jamak Takhir kat sana.

-6.30 ptg
=> Setelah lama berjalan, kitorang tiba juga di tempat penginapan. Kitorang tidur Homestay. Rumahnya sampai tiga tingkat sekali. Macam biasalah, laki ngan perempuan kena duduk berasinganlah. Takkan nak duduk sebumbung pula, kang org2 masjid bawak parang serbu kitorang lak.

-8.00 mlm
=> Tiba la masa utk kitorang semua isi perut. Yang bestnya, cikgu kitorang bagi bebas sampai pukul 12.00 mlm. Apalagi, budak2 laki jln dgn diorang punya awek lah. Lepas tu, sy yg SINGLE ni tinggal sorang jer. Tapi ada juga kawan kat situ. Budak laki yg ikut 10 org jer. Skit benar.

Kitorang jalan2 kat Wakaf Che' Yeh. Macam2 barang ada. Ada baju, seluar, kain dan semua perkara yang sama waktu dgnnya lah. Semua ada. Lepas jln2 keliling kawasan tersebut sy pun mula naik bosan. Nadreez pula ajak sy pergi Kafe Siber. Apalagi ikut jer la. Buka Fb sampai lah pukul 11.30 mlm baru kitorang naik bas. Masa kitorang naik bas, semua budak2 dah ada. Kitorang pun malu2 kucing. Cikgu tanya sy, "mana awak pergi?". Sy pun jawab,"Sesat jalan". Malas nak bagi jawapan panjang2. Kitorang pun gerak pulang ke homestay dan tidur senyenyak yg mungkin.
*S0Rry k4l4u taK l3t4K Gamb4r. T3rL4lu pR1\/45i*

KHAMIS...

-6.35 pg
=> Kitorang (budak2 laki, bukan perempuan) bangun pagi solat subuh. Yg paling menyirap, bilik air takde lampu. Air nak mandi pula skit. Walaubagaimanapun, kitorang tetap cool dan stady. Kitorang bersiap utk perjalanan seterusnya.

Then, sory sgt..... Citer ni takde ending sebab aku dah malas nak catat... Tapi walaubagaimanapun, gua akan update kategori Journeys ini untuk aktiviti yang lain.

Wassalam...

"Kalau korang nak tau, lepas abis jalan2 kitorang balik lah kan, takkan nak lepak lagi kot. Bukan ada umah pun kat sana."

Majlis Alumni Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Kebangsaan 2010


Kepada semua members,

Sorry sebab sudah lama tak update blog ini. Maklumlah, saya ini budak PMR, cikgu pulak push saya supaya saya belajar begitu jugalah dengan ibu bapa. Tetapi walaubagaimanapun, harapan mereka kepada saya tidak akan saya lupakan kerana ini memberi semangat kepada saya supaya terus berjaya.

Okey, hari ini saya hendak cerita sikit fasal anugerah yang saya terima pada malam Majlis Alumni Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Kebangsaan 2010. First, saya ingin ucapkan terima kasih kepada guru-guru kaunseling saya iaitu Puan Melur, Puan Laila dan Encik Azri kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk layak menerima anugerah ini. Tidak lupa juga kepada kerajaan negeri Melaka bahagian PPDa iaitu Tuan Haji Daud bin Abdull, Tuan Haji Manan bin Umar dan Encik Loh Chee Cheong yang sanggup mengikuti kontinjen Melaka sehingga tiba di destinasi. Dan juga kepada semua kawan-kawan yang gambarnya terpapar di atas itu.

Majlis tersebut berlangsung pada 18 Oktober sehingga 20 Oktober dan kami semua berada di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Malam majlis tersebut berlangsung pada malam terakhir kami di sana. Semasa tiba di sana kami mengambil kunci bilik dan check-in di dalam bilik penginapan. Masa itu waktu petang, so... kitorang berehat sebentar. Lepas sudah tension duduk dalam bilik berdingin hawa baru kita semua blah turun bawah makan angin. Kitorang duduk kat tingkat satu, bila nak turun tak susah sangat sebab kalau lif sudah crowded naik tangga jer sudah sampai.

Malam pukul 7.00, kitorang teruskan dengan aktiviti makan. Siapa tak suka makan kat hotel. Pelbagai aneka pilihan yang terhidang di depan mata. Makan buffer, mestilah sedap. Selepas itu, kitorang pergi dewan untuk mendengar taklimat reseal yang akan disampaikan. Sebelum itu, saya ambil kesempatan snap picture cuba korang perhatikan kat bawah ini.


Cun-cun awek Melaka. Lepas itu, dengarlah taklimat daripada pegawai yang
bertugas. Blah...blah...blah...blah...ceramah yang panjang dan minum malam pun
tiba. Malam itu rancang nak karoeke, malang sekali arked itu dah tutup. So...
kitorang blah bongkang kat dalam bilik. Budak-budak kat bilik saya gayat,org tak
pernah duduk hotelkan. Diorang pergi dari bilik ke bilik, katanya nak menziarahi
saudara baru. Maklumlah, yang datang itu semua wakil negeri jadi diorang ambil
kesempatan mengenali rakan2 baru. Saya malas nak layan diorang. So... duduk
dalam bilik jer, tengok cerita kung fu.

Esok pagi, solat, sarapan, lepas tu masuk dewan dengar ceramah. Doktor yang
ceramah itu cun sungguh. Tapi dia punya ceramah memberi kesan kepada semua
pelajar yang mendengarnya. Doktor ini cepat bermesra dan peramah. Banyak
soalan dia tanya kat budak-budak. Yang peliknya, saya duduk perhati jer diorang
sebab tak berani nak jawab.



Lepas itu kitorang ada aktiviti talkshow. Dalam aktiviti ini sesiapa nak bagi pendapat, dipersilakan. Semua yang pergi cakap itu, hebat2 gila. Kalah saya. Selepas itu, kitorang lunch dengan rasa bangganya kerana perut ini telah berirama dengan dendangan lagu2 P.Ramlee.

Petang itu ada lagi aktiviti iaitu lawatan. Ingatkan pergi mana, pergi Nilai 3. Kat sana rasa begitu boring sebab takde benda nak beli. Ada ler beli barang skit, topi dan jam tangan. Lepas tu blah ler sebab malam ini nak bersiap untuk mengambil anugerah yang disampaikan.



Malam itu, kitorang makan puas2. Asal kenyang sudahlah. Malam yang penuh gemilang itu, saya naik dengan ras gentar dan hiba kerana bukan senang nak naik atas pentas. Saya bersalaman dengan pemberi hadiah yang bernama 'saya sendiri pun tak kenal'. Lepas itu, kitorang bergambar bagaikan artis popular di dalam tv yang asyik tersengih. Dato' Lat pun datang malam tu, tapi tak sempat nak bergambar ngan dia.

Kemudian kitorang balik bilik. Abang Daniel cerita hantu pada malam tersebut yang menyebabkan saya seram dan sejuk kerana merasa ekon yang sedang ON. Lastnya, kitorang tidur satu bilik. Kitorang tidur tak silap saya, pukul 2 pagi. Esok bangun kena flu sebab bilik yang berpendingin hawa.

Pagi itu, kitorang bersiap. Kemas beg, baju dan perkara yang sama waktu dengannya. Pukul 7.30, we breakfast dengan guru2 yang disayangi. Kemudian, naik bas untuk bertolak ke Melaka. Semasa dalam bas, rasa kelam jer. Gelap benor2. Tiba Melaka, kitorang posing kat Jabatan Pelajaran Melaka, Bukit Baru.





Then, kitorang baliklah dengan rasa seronok dan kecewa. Seronok sebab bercuti. Kecewa sebab kena tinggalkan kawan2 dari pelbagai negeri. Sekian, salam daripada saya. tengoklah gambar pemandangan dan kenangan kat bawah ini. Wassalam...






Selamat Hari Raya Idilfitri


Selamat Hari Raya Idilfitri saya ucapkan kepada semua muslim dan muslimah sekalian. Sempena hari lebaran ini, kita patut meraikan kejayaan kita setelah menahan diri ketika di bulan Ramadhan. Setelah lama sebulan kita berada di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan, Allah telah memberikan kita hari yang penuh bahagia di bulan Syawal. Dibulan Syawal ini kita bermaafan dan menziarahi saudara mara sebagai tanda keberkatan dalam pertalian saudara.


Sebelum kita menunaikan solat sunat Idilfitri, kita digalakkan berjumpa saudara yang terdekat dan saling bermaafan. Kita juga disunatkan memakai pakaian yang cantik2, memakai wangian dan mengisi perut di pagi Syawal. Janganlah kita skip khutbah yang akan disampaikan nanti kerana ia dapat membimbing kita ke jalan yang benar. Selepas solat Sunat Idilfitri, adalah lebih baik kita menziarahi kubur dan mendoakan mereka yang telah kembali ke rahmatulllah. Semoga roh mereka diberkati.



Ziarahlah saudara2 kita. Janganlah sombong untuk meminta maaf daripada mereka, setiap kesalahan pasti ada kemaafan. Berbual senda di antara kita dapat mengeratkan silaturahim. Banyak yang boleh dibicarakan di Hari Raya ini. Jadi, jangan sia-siakan waktu yang gembira ini. Sambutlah hari lebaran ini dengan keceriaan.

Pesanan:

Kepada semua adik2 yang bawah umur, jangan lepaskan peluang utk memungut duit raya yang diberi sedara mara. Jangan pulak pergi rumah ke rumah, tak segan ker? Bila dah dapat duit raya jgn boros berbelanja, simpan, buat masuk UNIVERSITI. Okey. Wassalam...

Excretory System (Kidneys)


Sistem Pembuangan (Excretory System) sangat penting di dalam badan kita. Ia membantu dalam menstabilkan metabolisma di dalam badan kita. Salah satu Sistem Pembuangan di dalam badan kita adalah ginjal (kidneys).

Setiap manusia normal mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah ginjal. Ginjal membantu menapis bahan-bahan buangan yang berlebihan seperti ubatan yang berlebihan. Saya akan ceritakan daripada mula sehingga akhir bagaimana kitaran sistem ini berlaku. Lihat Peta minda di bawah:





Darah merah yang beroksigen (O2X) akan memasuki salur darah arteri dari jantung yang telah dipam. Kemudian darah tersebut akan masuk ke ginjal dan ditapis oleh Glomerulus. Darah merah tidak akan dapat melepasi penapis itu kecuali Urine. Di dalam Urine mempunyai:
-Urea
-Ammonia
-Uric Acid
-Toxin
-Water

Urine akan melalui salur Ureter untuk sampai ke dalam Urinary Bladder dan akan disimpan sementara waktu sebelum dibuang. Urine akan melaui Urethra dan akan menjadi air kencing.

Di bawah ini saya telah sediakan struktur di dalam ginjal (Kidney). Anda boleh lihat seperti dibawah ini:



Petua saya:

-Jangan tahan air kencing apabila nak terkeluar kerana perkara seperti ini akan menyebabkan toksin di dalam badan serta menyebabkan berlakunya kurang keseimbangan metabolisma dalam badan.

Wassalam...

Peta Minda



Peta Minda adalah salah satu cara untuk kita meningkatkan potensi minda kita kerana maklumat yang dibawa oleh otak sungguh ringkas dan padat.

Kelebihan:
- Memudahkan untuk menghafal
- Mempercepatkan pemikiran di dalam otak
- Lebih mudah difahami
- Hanya memerlukan maklumat dlm satu kertas sahaja
- Ringkas dan padat

Kajian telah membuktikan peta minda dapat meningkatkan pemahaman otak sebanyak 74%. Ini kerana dengan adanya penambahan grafik yang cantik dan adanya akronim (kata singkatan).

Dibawah ini cara2 utk membuat peta minda yg bagus:

1. Membuat nota ringkas dan padat.
2. Meletakkan gambar yang berkenaan dgn maklumat yg dicatat.
3. Letak Grafik menarik, spt:
-awan
-taufan
-grafiti
4. Guna Akronim (kata singkatan), spt:

PDA
P-Pekerjaan
D-Dan
A-Asas

Jadi itulah caranya. Kalau anda hendak contoh, boleh lihat gambar diatas itu. Peta minda itu dihasilkan oleh saya.

Penghargaan

Kepada: Ketua Menteri Melaka, Datuk ALi bin Rustam

&
Syarikat PNI NEURON

&

Guru-guru Malaysia

kerana mereka sanggup berusaha untuk mendidik anak2 bangsa. Wassalam...

Biodiversity


Biodiversity merupakan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini secara keseluruhannya. Termasuklah haiwan, manusia dan tumbuhan. Mereka hidup di dalam satu kelompok yang dipanggil Ekosistem.

Ekosistem merupakan satu kelompok interaksi di antara hidup dengan bukan hidup. Seperti kita manusia, membela haiwan, menanam pokok dan berinteraksi dengan mereka. Ekosistem sangat penting dalam menjalankan kitaran hidupan yang sempurna. Hal ini disebabkan setiap oragnisma memerlu diantara satu sama lain. Seperti rantai makanan:

Rumput ---> Lembu ---> Manusia

dan seperti juga kitaran karbon dioksida yang memerlukan manusia dan tumbuhan. Kitaran seperti inilah yang membantu kita untuk hidup. Kitaran seperti ini juga dipanggil sebagai SUNNATULLAH iaitu peraturan Allah telah ditentukan-Nya.

Kita perlu bersyukur kepada ALLAH yang sentiasa memberi kita pelbagai nikmat di dunia ini seperti bernafas, bercakap, mendengar, dan lebih 1001 nikmat lagi yang tidak dapat dihitung oleh kita. Jadi sama-sama kita fikirkan dengan nikmat yang telah diberi oleh-Nya. Wassalam

Juara Piala Dunia 2010 !!!


Selepas sekian lama 5 perlawanan FIFA World Cup dijuarai oleh pasukan Brazil tetapi kini yang muncul juara adalah pasukan Sepanyol yang sebelum ini telah menjuarai EURO 2008. Ini adalah detik gembira bagi pasukan Sepanyol setelah sekian lama berusaha untuk mendapatkan Piala Dunia ini dan kali ini adalah kejuaraan yang pertama bagi pasukan Sepanyol di dalam FIFA World Cup.
Perlawanan diantara Sepanyol dan Belanda ini sungguh mencabar dan berdebar hati-hati penonton yang menontonnya. Pertempuran ini berlaku di Soccer City Afrika Selatan dimana pasukan Sepanyol diketuai oleh Iker Casillas. Masa tambahan selama 30 minit telah diberikan setelah masa 90 minit tiada gol yang dihasilkan.

Pemain Sepanyol, Andres Iniesta, telah menyerikan wajah-wajah pemain Sepanyol setelah memberikan gol yang pertama bagi perlwanan ini. Gol tersebut telah dihasilkan pada minit ke-116. Gol tersebut hampir menimbulkan kontroversi kerana rami yang mendakwa pemain tersebut telah offside. Saya tidak mahu membuat penilaian tetapi saya beri kepada anda link video tersebut klik dibawah:


Tetapi walaubagaimanapun Sepanyol adalah juara FIFA World Cup 2010 dengan kemenangan 1-0 ke atas Belanda.



Pemain Sepanyol Iker Casillas telah menerima sarung tangan emas selepas menerima penjaga gol terbaik manakala Muller pemain Jerman menerima kasut
emas selepas menerima pemain muda terbaik FIFA WORLD CUP 2010.

Wassalam...

Komik atau Novel


"Komik ada grafik ,best, tapi nanti ibu bapa cakap benda bukan-bukan. Novel
bagus tapi panjang lebar ceritanya. Eeh, peningnya mana nak pilih, boleh jadi
gila macam ini.", remaja ini berrmonolog sendirian. So, kita pergi tanya
pendapat remaja-remaja sekarang. Bawah ini pendapatnya:-

Peminat KOMIK:

"Saya rasa komik lebih baik daripada novel kerana ada grafik dan warna yang
hebat serta padat dengan cerita", Iskandar Macho...

Peminat Novel: (saya sendiri)

"Saya berpendapat novel tidak kurang bagusnya kerana ianya menguji imaginasi
diri seseorang dan meningkatkan kreativiti diri."' hehehe...jangan marah.

Ini pendapat diorang. Korang lak macam mana mesti ada pendapat yang
berbeza. Jadi aku sarankan korang bagi pulak pendapat korang dengan respon
komen yang disediakan di bawah.

KOMIK @ NOVEL ???...

FIFA World Cup 2010


Kini Piala Dunia digegarkan di Benua Afrika. 32 pasukan di seluruh dunia kini berentap sekali lagi bagi merebut piala emas yang diidam-idamkan sekian lama. Seramai 30 pengadil di setiap pelosok benua dilantik bagi menegakkan keadilan permainan dan yang menarik seorang anak jati yang berasal dari Benua Asia juga rakyat Malaysia dilantik menjadi pengadil yang ke-4. Sungguh menarik sekali.

Bola yang diberi nama Jabulani kini turun di padang bumi Afrika Selatan bagi diboloskan ke dalam pintu gol. Ramai yang sangka England yang terhebat tetapi sayang sekali pasukan Eropah tersebut terkeluar sebelum masuk ke dalam suku akhir. Kini mungkinkah Brazil dapat mengulangi sejarah WORLD CUP dengan menjadi juara dunia sekali lagi setelah sekian lama memegang sebagi juara terhebat di dunia.

Nak tahu kisah selanjutnya, tonton perlawanan bola di TV dalam pelbagai rancangan di kaca televesyen anda...Wassalam .

Tidak baik Menfitnah



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum, apa khabar semua. Sambil dengar radio Frenzy fm itu baca artikel ini sekali.

Tidak lama lagi Hari Bapa, apa hadiah korang2 kepada ayah korang. Takde hadiah? Eh, mana boleh mesti ada. Kita patut menghargai jasa ayah kita kerana dialah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keluarga dan memberi nafkah.

Jangan lah anggap ayah kita yang menyusahkan. Dia penting untuk kita kalau takde dia, mesti kita tak dapat makan sekarang ini. Memang ada sesetengah ayah yang jahat seperti yang jual dadah dan selalu memberi nafkah yang haram, tetapi cuba simpul balik apa yang bapa kita sendiri buat. Dia hantar pergi sekolah, beri makan dan menjaga kita. Kalau kena marah itu biasa ler, saya pun selalu kena.

Sepatutnya kita bersyukur, kita ada ayah yg prihatin. Jadi Hari Bapa nanti berilah hadiah terbaik, kalau sengkek pun bagi ucapan sayang pun cukuplah janji kita sambut dan ayah kita tahu yang kita sayangkan dia. Bukankah jasa ayah itu sungguh besar jadi hargailah bapa kita.

Okey itu sahaja daripada saya , semoga anda mendapat hari yang aman dan peaceful... Bye

Gunung Berapi buatan sendiri...



Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman,

Okey pada video di atas anda dapat lihat bagaimana adik-adik saya membuat eksperimen menggunakan replika gunung berapi yang dia beli. Sebenarnya jika anda hendak buat eksperimen ini tidak perlu menggunakan replika gunung berapi. Anda gantikan dengan barang yang lain seperti penutup botol. Kemudian ikut langkah di bawah.

Alatan:
-penutup botol

Bahan-bahan:
-cuka
-baking soda (bahan penaik/pembuat kek)

Langkah-langkah:

1. Letakkan baking soda ke dalam penutup botol.

2. Selepas itu, letak cuka... hati-hati nanti meletup!!!

3. Begitulah caranya, mudahkan...senang jer.

Jadi begitulah cara membuatnya. Baking soda anda boleh mendapatkan di bahagian 'Buatan Kek' di mana-mana market. OK... itu sahaja dari pada saya. Wassalam.

SUKMA 2010


Kehangatan sukan Malaysia kini semakin tiba. Peminat sukan negara akan ke
tempat-tempat perlawanan yang diminati. SUKMA 2010 digegarkan lagi dengan
perang bola dunia iaitu FIFA WORLD CUP. Di sini berlakulah keuntungan berlipat
ganda bagi perniagaan kedai kopi kerana kedai mereka yang mempunyai Astro
ESPN akan dipenuhi dan akan menjadi Stadium Astro yang mengegarkan. Saya
nasihatkan jiran yang berdekatan dengan kedai kopi sediakan penutup telinga
kerana mungkin sekali anda akan mengalami 'Sindrom Pekak Tidur'.

Berbalik pada SUKMA yang diadakan di Melaka, macam mana persiapan
korang nak tengok SUKMA. Kalau korang tak tahu, boleh rujuk di:


Di laman blog ini akan memaklumkan tarikh dan tempat perlawanan. Maklumat tersebut sungguh lengkap untuk anda.


Dengan adanya kedatangan korang tidak kira dari mana negeri ianya pasti menghangatkan. Datang beramai-rama, ajak ayah, emak, nenek, datuk, anak saudara dan saudara-saudara yang anda kenal, ajak diorang datang Melaka dan gegarkan Melaka iaitu Bandaraya Warisan Dunia ini dengan suaru semangat anda menyonggok atlet-atlet negeri.

Okey, Itu sahaja daripada saya dan janagan lupa datang, jenagan segan silu. Wassalam...

Ninja & Spy


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda kita berada di laman Area Sembang Kosong di mana anda semua boleh bagi comment setiap topik yang hendak diceritakan. Bagi lah apa-apa komen nak kutuk ke, nak ape ker, janji ada respons. Ok, dalam topik ini kita nak cerita sikit pasal ninja and spy.

Saya beritahu anda semua yang sedang tengok tv, main game, tidak lupa juga yang sedang makan sampai tercekik. Spy ini mungkin asalnya daripada Ninja yang anda biasa lihat di dalam tv. Zaman sekarang ini spy ada macam-macam, spt:

- Spy Moden.
- Quiet Spy.
- Ninja Spy

...dan something else. Apakah mungkin persamaan yang kita dapat lihat melalui SPY dan NINJA. Okey saya akan beritahu anda dari segi:

Pergerakan:

Ilmu pergerakan ini senang jer, gerak je lah. Bukan macam itu sebenarnya. Cara
pergerakan spy kita boleh ukur dari segi senyapnya. Nak katakan Boleh tak
perasan. Macam itu juga dengan ninja, walaupun lalu dalam air macam tasik ,
sungai, longgak, parit dan sebagainya, tetapi pergerakannya tetap tidak dapat
dikesan.Melainkan kita berhati-hati.

Itu baru satu yang kedua lak...

Kecekapan:

Ini biasa kita dengar kecekapan ninja dan spy. Kita pun boleh buat tetapi lain
bagi diorang. Kecekapannya apabila berhadapan dengan musuh. Apabila
membunuh musuh, orang lain tidak akan perasan bahawa ahli di dalam
kediaman tersebut sudah mati sampai esok pagi. Ini adalah teknik ninja dan
spy untuk simpan secret.Kecekapan diorang dapat dilihat apabila diorang
asyik terlepas jer tanpa dikesan.

Itu yang kedua yang terakhir ( ketiga )...

Personaliti:

Ninja and Spy selalunya pakai pakaian yang ketat dan berwarna gelap. Ini
dapat membantu bila hendak menyelam, melompat, terkinja dan sudaya tak
dapat dikesan pada kegelapan. Senjata diorang biasanya yang ringan-ringan,
supaya apabila nak bergerak pantas tak 'tersita'.


Sebelum mula misi kena diorang 'Exercise' dulu, kalau tak ketika buat aksi
berlaku kekejangan di mana-mana bahagian otot. Diorang ini biasanya tak
kahwin sebab binidiorang nanti 'calling', nanti bininya tanya
" Bang bila nak balik?" . Itu yang menjadi masalah kalau diorang kahwin.


Okey tak, topik kali ini? Kallau tak okey nanti kita masuk topik lain
lak pasal keadaan semasa.

Oiit, jangan belah dulu. Bagi komen korang sudah janji sama beta. Kalau tidak
'tulah' yang melekat. Baiklah, itu sahaja daripada saya. Kalau ada apa-apa
hal nak tanya, tanya nya leh sebab I'm single. Wassalam...



Keyakinan Diri

Dalam topik yang lepas saya telah membuat topik tentang Potensi Minda &
Elakkan Stress. Dalam topik tersebut saya telah terangkan terperinci tentang
bagaimana hendak meningkatkan potensi minda anda. Baiklah, dalam topik ini
saya ingin menerangkan berkenaan dengan keyakinan diri.

Keyakinan diri kalau dalam aspek tertentu ianya adalah perhubungan diri
di antara minda. Keyakinan diri membantu kita supaya kebih terbuka kepada
keadaan sosial iaitu keadaan masyarakat. Dibawah ini saya sediakan tips yang
seterusnya.

Ketiga:

- Letakkan diri anda dalam keadaan berkeyakinan setiap masa. Ambil keyakinan
anda yang telah hilang, dan tunjukkan melaui keterampilan diri yang baik. Jangan
jangan lari dalam masalah kerana ianya tidak akan membantu.

Yakinkan diri anda bahawa masalah anda boleh diselesaikan sendiri dengan
kekuatan diri anda sama ada ketika nak berjumpa bos, temuduga, masalah cinta
dan sebaginya.

Orang yang berkeyakinan adalah orang yang berjaya. Orang yang lari daripada
masalahnya merupakan seorang yang rugi besar dalam hidupnya.

Kesimpulannya, keyakinan adalah kunci utama untuk berjaya. Jika sikap ini tiada
dalam diri, peratus untuk berjaya mungkin kurang. Jadi jangan letakkan diri di
tempat yang membebankan diri, selesaikan masalah dengan bantuan sendiri dan
orang ramai seperti kanselor.

Ikutilah tips yang setrusnya. Wassalam...

Maksud Sains


Sains ada maksudnya tersendiri. Sains adalah suatu fenomena alam yang
berlaku di dalam kehidupan kita. Tidak kira dari segi musim, kimia, haba dan
sebagainya.

Sains daripada manusia adalah perkara biasa tetapi sains juga membantu dalam
urusan kehidupan. Sains yang paling mudah kita pelajari dalam hidup kita adalah
menyidai pakaian di ampaian. Persoalan berkenaan dengannya adalah bagaimana
baju yang basah boleh kering dengan menyidai baju? Kenapa tidak letak di bawah
kipas? Boleh terangkan secara terperinci..

Beri komen anda di bahagian komen yang disediakan

Elakkan Stress...


Stress adalah perkara biasa yang manusia alami. Ini disebabkan tekanan tau ketidakkawalan yang diterima oleh seseorang. Ianya ada kelebihan dan ada keburukannya iaitu:

Kelebihan:

- Stress akan membantu anda untuk menyedarkan anda tentang diri and. Stress yang seperti ini adalah stress yang tidak terlampau jika dibandingkan dgn stress yang melampaui batas. Kita juga perlu byk bersabar jika ada tekanan.

Keburukan:

- Stress menyebabkan Fizikal, Mental, Emosi serta Jiwa rosak. Ya, memang rosak. Jika anda tidak sedar dlm stress yg melampau ini mungkin ia akan memburukkan diri anda dan merosakkan Profession anda. Jadi elakkan, katakan Tak Nak!!! kepada STRESS...

Di sini ada Tips Yang Kedua iaitu sambungan drp Pertama:

Kedua:

- Elakkan STRESS kerana ia akan menggangu kerja harian anda. Dalam membina POTENSI MINDA yang baik anda perlu dalam keadaan tenang dan sabar.


Cari tempat yang tenang dan senang utk berfikir kerana ia akan membantu anda. Minda anda tidak boleh menerima dua perkara dalam satu masa kecuali jika dilatih begitu, jadi jgn serabutkan fikiran dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah kerana ianya mungkin akan menjadikan anda seorang gila. Ya, gila macam di tempat... fikirlah sendiri.


Tips yang saya bagi kali ini adalah lebih berpotensi kerana kalau tidak boleh kawal stress otak akan mereng dan tidak boleh berfikir. Letakkan pemikiran anda pada tempat dan masa yang selesa. Seperti, sebelum tidur kita baring kemudian buat kesimpulan apa yg anda lihat. Kalau nak tahu cara buat kesimpulan anda kembali pada tips Pertama yang saya beri dalam Ilmu(Potensi Minda).

Ok, itu sahaja daripada saya. Ikuti Tips-tips yang seterusnya.

Wassalam...

Potensi Minda



Potensi Minda!!!

Ya, pernahkah anda mengetahui berkenaan dengan potensi minda anda? Pernah atua tidak anda mengukurnya? Pernah atau tidak anda merasai sepenuh jiwa? Pernah atau tidak anda membuat teori sama ada baik ataupun tidak tentang potensi minda?

Ini yang kita patut persoalkan terhadap diri anda. Potensi, kuasa, fungsi... MINDA. Semua yang berlaku disekeliling anda, perlukah diterima. Setiap pergerakan anda adalah daripada minda anda sendiri. Setiap yang berlaku pada manusia disebabkan minda mereka sendiri.

Tapi... pernahkah anda menggunakan minda anda dengan sebaik-baiknya?Sudahkah tukar cara hidup anda? Belum, takkan nak buat kerja yang sama sahaja setiap hari seperti bangun tidur, pergi kerja, pergi sekolah dan lepas itu tiba di tempat destinasi boring nak buat kerja. Kerja yang bos bagi tak siap, kerja yang cikgu bagi tak siap. Ini semua berkaitan dengan minda anda dan bila anda hendak berubah dengan cara hidup yang sekarang. Jawapannya mesti ada di minda anda.

Persoalannya, anda pandai gunakan mindakah?

Di sini, saya beritahu bolehkah minda anda mengubah cara hidup anda. Sebenarnya, boleh jika anda berusaha menggunakan minda anda dengan sebaiknya. Bukan sekadar berusaha sahaja tetapi tiada strategi tidak berguna juga.

Saya akan mengajar anda bagaimana cara anda dapat mengguna minda anda dengan cara yang paling senang sekali. Cara ini saya telah mencuba sendiri dan hasilnya sungguh menakjubkan. Cara ini boleh digunakan sesiapa sahaja, baik yang muda atau yang tua. Cara ini adalah asas dan permulaan kerana sebelum anda mempunyai potensi minda yang tahap tinggi anda perlu bermula daripada bawah dan cara ini adalah cara yg paling efektif.

Ok, Begini caranya:

Pertama:

- Sesuatu benda yang anda nampak tidak kira ais krim, TV, Computer atau sebagainya... anda kembangkan beberapa teori yang senang dan menarik. Kalau anda tak faham sy beritahu caranya, cth:

Objek yang anda kihat: Ais krim

Teori yang dikembangkan:

Aiskrim - ada krim
Aiskrim - konnya diperbuat daripada biskut
Aiskrim - rasa strawberry (melalui warna)

Saya harap anda faham macam mana anda hendak menggunakannya. Minda anda tidak susah sebenarnya untuk diguna asalkan anda tahu untuk menggunakannya.

Sebenarnya, anda hanya perlu buat tiga perkara untuk melatih minda anda:

1. Berfikir
2. Berfikir
3. Berfikir

Ya, memang begitu caranya. Tak susah cuma anda tak reti guna sahaja. Jika anda selalu berfikir secara tak langsung otak anda akan dilatih perkara baru setiap kali anda fikir.

Oklah, itu sahaja daripada saya. Ingat Fikir atau Thinking. Cuba tips yang sy berikan ini dirumah. Ketahui tips yang lebih lanjut tentang Potensi Minda. Ada lebih daripada 1 tips dan ketahui cara menggunakan minda anda. Wassalam...

"Ilmu berguna yg diketahui tetapi tidak digunakan cuma sia-sia sahaja"

 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy