RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum, apa khabar semua. Sambil dengar radio Frenzy fm itu baca artikel ini sekali.

Tidak lama lagi Hari Bapa, apa hadiah korang2 kepada ayah korang. Takde hadiah? Eh, mana boleh mesti ada. Kita patut menghargai jasa ayah kita kerana dialah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keluarga dan memberi nafkah.

Jangan lah anggap ayah kita yang menyusahkan. Dia penting untuk kita kalau takde dia, mesti kita tak dapat makan sekarang ini. Memang ada sesetengah ayah yang jahat seperti yang jual dadah dan selalu memberi nafkah yang haram, tetapi cuba simpul balik apa yang bapa kita sendiri buat. Dia hantar pergi sekolah, beri makan dan menjaga kita. Kalau kena marah itu biasa ler, saya pun selalu kena.

Sepatutnya kita bersyukur, kita ada ayah yg prihatin. Jadi Hari Bapa nanti berilah hadiah terbaik, kalau sengkek pun bagi ucapan sayang pun cukuplah janji kita sambut dan ayah kita tahu yang kita sayangkan dia. Bukankah jasa ayah itu sungguh besar jadi hargailah bapa kita.

Okey itu sahaja daripada saya , semoga anda mendapat hari yang aman dan peaceful... Bye

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy