RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Program 'Jom Ngail'



Assalamualaikum w.b.t, guys...

Oit lama da xdgr khabar. Korang camne? sihat? Bak kata mat salleh, hope korang dlm pink of health. Ok, ari ni saya ada cite utk korng sume.. Kat Kampung Bukit Bayan area Bukit Katil, di dalam Negeri Melaka, Belia 4B telah menganjurkn Program "Jom Ngail" . Seramai hampir 70 org telah menyertainya dan terdapat byk hadiah yg disediakn. Sambutan amat memberangsangkan.

Pertandingan ini telah dimulakan pada pukul 8.00 pg dan telah tamat pada pukul 12.30 tghari. Setiap peserta dikenakan bayaran sbykan RM5.. xbyk kan lima ringgit. Then, yg masyuk nya klu korang da dpt ikan tu bawak balik terus wat lauk pe yg korang nak. Kepada peserta yang hendak timbang berat ikan mereka, bleh la timbang dan ada beberepa kategori utk timbang ikan masing2. Antara kategorinya adlah ikan paling berat, ikan paling ringan, tangkapan pling awal, tangkapan paling lmbat n hadiah misteri utk tangkapn misteri.



Selain itu, ada gak cabutan bertuah n teka kacang diadakan.. huhhuhu seronok gila tau. saya dpt hemper n milo jer.. adik sy sekor ikan dia dpt. haha... dasyat dia.

Saya jelez la, ramai yang dpt berbelas-belas ikan keli. Ada yg dpt 14, 20, 6 n ada yg satu family tu yg mancing sama2. Mmg byk la dapat tangkap. Ape2 pn, tu rezeki diorng... hahaha. Ada abng tu dpt kura2 sekor. Baru tau itu hadiah misterinya. Minat pulak kura2 tu kat umpan brother tu.



Yes, that's me. And adik2 aku kat situ. Punya la lama mancing xdpt2. Tp sedikit sbyk dapat la ilmu n pengalamn memancing. Mmg best duk bwh bahang matahari. hahaha.... korg ada???!!! XD

Lepas jer abis mancing, peserta2 trus berpusu-pusu nk timbang ikan diorng. Kot2 dpt hadiah pling berat ker kn. Bro2 kat sana mmg sempoi. Memekak jer,,, tp saya still dgr diorg punya luahan bebelan. Waktu tgh hari mmg stres sbb panas. Ikan mana lah nk timbul klu panas2 (tu yg org ckp, saya ya kan jer)...

Anyway, seronok bersama diorng n thanks kpd pihak pnganjur yg mengadakn program camni. Sgt2 mengeratkan sillaturrahim. Tahniah kpd pemenang. 

Nnti program ini berkemungkinan akan diadakn sekali lg. So, jgn lepaskan peluang. Penyertaan dibuka kpd sesiapa sahaja xkira muda atau tua. Yang korang kena bwk, mata kail, tali pancing n jgn lupa RM5 tu jer. Kitorng akan bg joran kat korang sana nnti. Yg bestnya, ada cabutan bertuah utk korang suma k.

HAVE A NICE DAY. Peace Y

Wassalam...

Antara Teknik Mengingat yang Terbaik!!!


Assalamualaikum w.b.t.,

Hei, boys n girls. Dah lama kn aku x update blog ni.. da nk bersarang aku tgk. hahaha... Yp kali ini aku nk update artikel terbaru utk tatapan korang suma.

OK!!!... xnk buang masa. Kali ini, title yg kat atas tu sudah tunjuk pe yg hendak aku tulis untuk korang. Teknik ini sudah dipelopori oleh seorng lelaki di Eropah tapi nama dia aku sudah lupa la. Mmg hebat cara dia meghafal n mengingat. So, apa salahnya teknik ini di convert kan dalam pembelajarn harian korg. Sekurang-kurangnya dpt melatih brain korang utk mengingat.

ATTENTION!!!!
TEKNIK INI BUKAN LAH TEKNIK PEMBELAJARAN DI SEKOLAH TETAPI INI TEKNIK BAGI MELATIH OTAK UNTUK MENGINGAT ATAU MENGHAFAL KPD TAHAP OPTIMUM. ^___^

Ini step-step yg korang akan baca. Klu boleh ikut satu persatu xsusah pun. Korang suruh adik sayang korang buat pun boleh. Jom, lenjan!!!

STEP 1

Ini utk permulaan. Korang sediakn sekurang-kurangnya 10 item yg korang rasa korang minat sgt n susun kat atas meja cantik2. Pastu, sediakan jam tangan utk korang timing masa menghafal korng nnti. Skang suma da ready. Korang kena relax n tarik nafas sepanjang2 yg boleh utk menyegarkan badan.


Lepas korang dah rasa puas, kita ready utk step seterusnya... :P

STEP 2

Utk step yg ni lak, korng kena ready utk menghafal.
OK, da ready.... hafal secara perlahan item yg ada kat atas meja. Setkan masa berapa lama hendak menghafal item2 tersebut... 10saat? 20saat? 30saat? suka hati korang la, asalkn bahagia.

Jom pergi step seterusnya...

STEP 3


Lepas korang bertungkus-lumus menghafal item2 trsebut mengikut masa yg ditetapkn, terus amik note paper n pensel. Set kan masa utk korang menyalin balik. Lg cepat korang menyalinnya dgn masa yg singkat, lagi bagus teknik penghafalan korang.

Then, ulang balik step ini sehingga korang mendpt masa yg terpantas bagi menghafal item2 trsebut n menyalin semula item2 yg korang hafal di atas sehelai kertas. Klu dah rasa puas ngan 10 item yg korng sediakn, tambah lg item2 yg menarik dari 10 hingga 20 atau 30 atau seterusnya. Pembaharuan yg korang wat mesti menambah minat korang lg.

Perencah Istimewa.

Selain korang menyalin atas kertas kecik, korang bleh ajak member korang bagi membntu korang utk menghafal. Klu bleh ajak lagi member2 utk wat permainan spt ini. Mesti GEMPAK PUNYA BEB!!!

Ceh, cam Frenzy Fm lak...

Baiklah, itu sahaja drp aku. Hope korang dapat meningkatkan daya memori korang utk menghafal fakta2 penting di dalam pembelajaran.

Salam maju jaya utk korang... cala bete...

#Gajah ada empat perut.. ^_^ !!





Angry Birds Chrome



Angry Birds adalah game online kegilaan ramai pada masa kini. Apabila game ini diterbitkan pada tahun 2009, ramai yang berpusu-pusu utk mencuba permainan video online ini. Memang sauatu permainan yang patut dicuba oleh sesiapa sahaja.

Saya telah mencubanya. Menyeronokkan sambil memikirkan idea2 baru bagaimana hendak menumpaskan haiwan yang berwarna hijau itu. Cara permainan video ini begitu mudah. Hanya perlu menarik tali menggunakan mouse dan lepaskan klik tapi perlu target bahagian yang mana yang hendak ditembak.

Game ini terdiri daripada beberapa ekor burung yang mempunyai pelbagai kelebihan seperti laju, meletup n sebagainya. Selain Angry Birds, ada juga 2 siri yang baru iaitu Angry Birds Seasons dan Angry Birds Rio . Siri-siri ini ada kelebihannya tersendiri. Seperti Angry Birds Seasons, ianya boleh dimainkan dalam peranti iPhone, Android dan Nokia. Begitu juga dgn Angry Birds Rio cuma peranti Nokia sahaja. Kedua-dua siri ini adalah berbayar.

Rovio adalah syarikat yang mengasaskan Angry Birds. Ditubuhkan pada tahun 2003 dan telah memenangi beberapa anugerah utk permainan game bg platform handphone. Syarikat ini kian popular dengan penerbitan Angry Birds.



Bulan Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Yang lelaki wajib puasa. Yang perempuan lak ikut time. huhu....

Di bulan puasa ini, saya nasihatkan kepada anda semua, adalah lebih baik kita sebagai muslim memperbanyakkan amalan-amalan soleh. Antaranya adalah berzikir, beristighfar, bertasbih, n jangan lupa minta ampun dari Ilahi kerana sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Pendengar. Minta lah apa yang korng nak minta, di bulan puasa inilah pintu langit n pintu syurga sentiasa dibuka. Minta yang baik2, jgn minta yang x baik.

Lagi satu, klu puasa jangan bagi alasan yang kita ini lemah x bermaya. Pada zaman Rasulullah s.a.w, baginda berperang untuk berjihad menegakkan Islam di Bulan Ramadhan bersama umat Islam yang lain. So, memang xde alasan utk kita malas untuk Solat fardhu, iaitu, solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, n Isyak.

Di bulan puasa ini juga, kita boleh melakukan solat-solat sunat seperti solat Taubat, solat Hajat, Solat Terawih bersama imam di Masjid bagi menambahkan amalan kita. Yang menariknya, pahala amalan tersebut akan berlipat kali ganda apabila kita berada di dalam Bulan Ramadhan.

Elakkan pembaziran di bulan yang mulia ini. Kebanyakan masyarakat kita membazir dengan membeli juadah yang berlebih bagi berbuka puasa. Amalan seperti inilah tidak diredhai Allah dan tidak pernah dilakukan Rasulullah s.a.w. Baginda sekadar makan kurma sahaja ketika berbuka puasa. Lihatlah kesabaran yang ditunjukkan baginda. Sunnah inilah yang perlu disemai dalam setiap umat Islam.

K, itu sahaja drp sy. Wassalam....

Boy VS Girl. Sapa yg menang?


Topik lelaki VS perempuan dgr macam pelik skit tapi menyeronokkan. Dalam topik ini sy akan beri satu tajuk kecil yang memaparkan sama ada kelebihan tersebut pada lelaki or perempuan.... check it out. Start Battle.

Fikiran.

Boy: Orang kata boy2 remaja x berapa nk berfikiran panjang n ada yang cakap lelaki hebat ketika berfikir. Kalau dikatakn boy x berfikiran pjg ianya mungkin disebabkan sikap mereka saja. Sikap membentuk pemikiran mereka. Sy rasa jika boy di didik, pasti mereka mempunyai fikiran yang lebih cool dari girl yg kdg2 mengelabah. Secara teknikalnya, boy2 mempunyai pemikiran dua kali ganda drp girl.

Girl: Ini memang biasa budak2 boy dgr...mestilah girl byk pandai kat dunia ni tapi ada byk juga yg kurang skit. Yela kn, girl kn yg paling byk kat dunia ini. Yg wat sy suka adalah disiplin girl2 ini, sebab kebanyakan mereka dgr cakap dan x membantah seperti boy. Sikap inilah yg membentuk mental girl2 di dunia ini. Cool btul girl.

Homework.

Boy: Klu dinamakan boy, memang lah agak malas skit nk wat omwork. Tp still ada yg rajin wat omwork yg cikgu bagi. Ini jenis boy2 yg ada disiplin n clever . Yg x wat omwork pun clever jugak sebab pandai cover dari cikgu yg nak tgk omwork diorang. Kira hebat jugak la kan, walaupun malas skit.

Girl: Biasanya diorang akan wat sebab x nak kena marah n risau sgt klu x wat. Krang, daddy n mom marah...hehehe... Girl still steady dgn omwork diorg. Dapat omwork buat terus, sebab diorg tau klu wat kat umah memang x sempat. Kat umah kena jaga adik le, memasak le, basuh baju le dan bla...blaa.. Macam2 kena wat kat umah. So, cara terbaik kat skull siap sudah omwork. Bguz la girl2.

Sikap.

Boy: Mungkin boy ada sikap yg kurang baik skit. Ada yg baik sgt, baik, steady, cool n relax, jahat dan very bad. Biasalah kn boy, remaja memang diibaratkan suatu fasa pembentukan dimana semua benda jd rapid n laju, cpt mrh, cpt cemburu, cpt cool, cpt membesar, cpt menjadi bijak n bla...bla... So, boy memang rapidnya dua kali ganda dr girl. Walaubagaimanapun sikap diorang, they still boy. Smile :)

Girl: Sikap girl lg best. Sopan, baik, manis,... Bleh dikatakan ada ciri2 seorg girl yg baiklah. Memang hebat. Kebanykan boy x dapat ikut sikap yg ada pd girl sebab boy dikatakan lebih kasar dari girl yg berlemah lembut n senang utk mnerima. Still baik, right...

Cinta. :)

Boy: Kebanyakan boy lebih gentle utk menyampaikn hasrat diorg kat girl. Tu yg wat girl tergila2 kn boy yg berani berkata benar kat girl2. Boy akan take care org yg diorg sayang n bila dah kemaruk, diorg susah nak lepaskn. Syang punya fasal agaknya. Klu boy punya cintan ditolak, boy still cool n relax sebab diorg tau ada byk lagi kat dunia ni..hehehe.. jangan marah girl.

Girl: Macam biasa, girl lebih mudah menerima. Yg kelakar, bila nk tolak cinta si boy, diorg mesti jwb camni "saya....saya....saya...." macam Mamat Khalid lak. hahaha... tapi girl lebih sweet. Klu syg sgt, susah sgt nak lepas pegi jauh2. Padahal si boy nk balik umah jer. Girl kdg2 baik gak, klu boy mintak topup sanggup belikn sebabkn nk main msj. Ada gak girl yang ganas n lemah lembut. Apa pun girl still sweet. :) (nak jer)...

-------------------------------------------------
So, camne boy n girl.? korg still ada kekurangan walaupn rasa diri dah perfect. Kita x pernah perfect. Nk komen dipersilakn. I nk gak pendapat korang. hehehe...

Wassalam...Have a nice day :)


Final Maharaja Lawak 2011


Setelah selama 12 minggu dipaparkan konsert Maharaja Lawak maka kini penonton Astro Warna (channel 132) akan menyaksikan minggu ke-13 ML dan juga Konsert Final ML 2011.

Adakah lawak peserta-peserta jemputan akan menawan hati para penonton untuk mengundi mereka? Siapakah yang akan ditabalkan sebagai Maharaja Lawak 2011? Mungkinkah Jambu, Jozan, Nabil atau Sepah....

Saksikan Konsert Final ML siaran secara langsung dan disiarkan kepada penonton pakej Mustika dan disokong Sinar fm dan radio ERA. Siaran pada pukul 10 pada 24 JUN 2011.

Baca buku jangan leka


Korang tau kan kebanyakan rakyat Malaysia susah sangat nak baca buku. Kalau ada yang baca pun sebilangannya kecil jer, x byk pun. Ntah la, maybe bagi aku sikap orang2 kita lah yg menyebabkan kita liat sgt nak baca buku. Selalu mak ngan ayah korang mesti cakap macam ni,"kau baca buku jgn leka". Apa yang dimaksudkan jangan leka tu. Tak ramai yg paham sebenarnya. So, aku ada senaraikan faktor yg menyebabkan korang leka utk baca buku-buku.

1. Baca buku sambil baring..

Memang tak logik. Sapa kata menghadap buku sambil baring boleh wat leka. Memang btul, kalau korang baca sekadar buku majalah atau hiburan ianya x jadi masalah tapi time baring korang baca buku teks skola confirm tak masuk. Ini disebabkan korang terlampau selesa gila duduk kat atas sofa korang yg empuk gila tu. Last2, korang tido...pastu buku pun baca korang. So, jangan amalkan tabiat ni. Oraiit.

2. Baca sambil makan...

Dengar macam pelik jer kan. Tak pelik pun, kadang2 ada org mkn roti, caripap, korpok sambil baca buku kat depan mata. Mana boleh fokus, kejap nak makan, kejap nak pandang buku. Bila masa korang nak abis baca satu muka surat beb.

Otak kita tak mampu nak wat dua kerja. Kalau korang baca sekali pun jumlah peratusan yang korang dapat tak byk pun skit jer. Kot2 korang x hafal satu benda pun, hafal tajuk jer ngan warna buku tu. Ok, itu baru kedua..



3. Baca sambil tgk tv, movie....

Yaaa.... yang ni biasa korang dengar. Kalau nak fokus dan tak nak leka, jgn duduk depan TV, confirm tak tlg korang punya. Sebabnya begini, bila korang membaca, mata korang terangsang untuk memlihat buku di depan mata korang. So, misalnya ada program best(time tu korang duk depan tv), korang pun dengar la program tv tu. Lama2 lepas tu, korang tertarik utk menonton TV pastu buku lak korang letak tepi.....korang pun tgklah tv sampai lewat malam.. Btul, memang korang akan leka menonton TV sebab pancaran cahaya nukler dr TV adalah 5 kali ganda berbanding korang duduk kat loji nuklear.


Gua harap tip-tip ini berguna utk korang. Hope lepas ini, korang cemerlang dan praktik kan apa yang aku bagitau korang. Alah bukan susah pun, tahan keinginan korang dari hilang fokus ketika membaca.

Ok, wassalam....
Peace yoo..

Esok sekolah...!!!!


Yaaaa..... betul>>>.... esok sekolah dah bermula (kecuali budak2 kena gantung). So, korang dah ready blum? Oh, ye tak yer.... kerja sekolah korang camne? O.K. ke K.O.? hehe..... biasalah ragam cuti, pengetua dan cikgu mesti bagi kerja sekolah nak kasi korang pandai. Kalau takde kerja sekolah ini,korang takkan belajar punya arr. Kadang2 kerja yang cikgu bagi susah sampai ler korang terlentuk nak fikirkannya. Masalah menyelesaikan homework ni, korang boleh bincang ngan cikgu korang. Tak salah kalau nak bertanya. Kalau korang kena marah sekali pun disebabkan kesalahan korang, tak perlu masam muka sebab korang dah bertanya dan korang dah dapat jawapan untuk masalah korang. Tak yah susah2 kan...


Study tu mesti smart bukan 'semak'. Kalau dah rasa susah tu, buat ler team work yang dapat membuat pemahaman lebih meluas. Team work ni, jangan ler sorang jer sumbang idea kalau tak camne otak nak berkembang. Bila setiap sorang dari team bg idea, ini dapat mewujudkan suasana hubungan percakapn dua hala dan ini adalah komunikasi aktif. Sama gak dalam kelas, kalau cikgu tanya jawab. Tak dapat jawab, korang 'tibai' jer apa nak cakap sebab cikgu takkan 'tibai' korang dan beliau juga akan tolong korang punya.

Lagi satu, homework jangan tak siap. Nanti jadi macam budak kat atas tu. Kerja tangguh dah makin byk, bak kata pepatah,"skit2 lama2 jadi bukit Fraser". Sebenarnya, memang best tangguh homework (i bukan nak provoke jadi malas eh) tapi yang tak bestnya korang tak pandai cover kerja yang tertangguh. Kalau dah tertangguh tu ada masa wat. Lakukan jenayah 'penculikan' masa. Takpe, tak salah bukan masuk akta pun. Time tu penting. Kalau korang anggap masa tu emas, i lagi ler "masa itu duit, emas, perak, gangsa, copper, kuprum, magnesium, tungsten, harta, shopping...." (kalau korang nak senaraikan lagi, silakan komen).

So, homework begitu penting. Jangan salahkan org lain kalau tak siap salah diri sendiri yang kuat 'mencekik'...

Itu sja dari gua. Wassalam....

[Cikgu-cikgu yang saya sayangi, ampun maaf kalau saya blum siapkan homework. Bye... :)]

Devil May Cry

Devil May Cry di antara permainan video terbaik untuk permainan video consol generasi ke-6 (PS2). DMC menceritakan seorang penyiasat aktiviti paranormal yang separuh devil dan manusia dan ingin menyelamatkan dunia dari kejahatan makhluk ghaib. Watak yang akan dimainkan adalah Dante yang mempunyai sebahagian kuasa Sparda di dalam dirinya. Dia meminati baju berwarna merah dan hitam. Senjata utama yang dimiliki adalah dua pucuk pistol dan sebilah pedang yang mempunyai reka bentuk yang unik. Dante mempunyai sikap yang tenang dan tidak pernah mengelabah apabila berdepan dengan makhluk paranormal yang ingin menyerangnya. Karakter ini juga mempunyai teknik menembak yang tepat dan mampu bergerak tangkas menggunakan pedangnya.

Dalam siri game pertama Devil May Cry ini Dante telah bertemu dengan Trish seorang wanita misteri yang mirip rupa mendiang ibunya. Trish telah memberitahunya untuk menghampuskan Mundus (Devil King) dan merancang untuk membunuh Dante. Tetapi Trish kemudian berubah fikiran dengan membantu Dante menghapuskan Mundus di pertengahan jalan cerita. Dante juga bertemu dengan abang kembarnya, Virgil, dan telah bertarung dengan abangnya itu sehingga abangnya mati ditangannya. Virgil telah dikawal oleh Mundus untuk menghapuskan Dante.

Dapatkah Dante mengalahkan Mundus yang mempunyai saiz lebih besar berbanding dengannya?

Siri game aksi ini pasti akan memberi keseronokan kepada anda untuk mencubanya. Game ini mempunyai senjata lain selain senjata utama Dante dan pemain boleh memilihnya. Sebelum boleh memiliki senjata-senjata tersebut, pemain perlu mencarinya dan menyelesaikan puzzle di dalam istana.

Grafik permainan cukup memberi effect kepada dunia paranormal dan memberi kepuasan kepada pemain mencuba aksi yang dimiliki oleh Dante.

Apalagi, dapatkannya sebelum terlambat....

.hack//G.U. (.hack//G.U. Vol1 Rebirth)


Sinopsis:
.hack//G.U. merupakan suatu siri MMORPG yang terhebat dan diminati ramai pemain RPG di Jepun malah di Amerika Syarikat juga. Siri ini mempunyai permainan video (PS2), siri anime (.hack//Roots) dan movie HD yang menarik (.hack//G.U. TRILOGY). Setiap siri yang diterbitkan mempunyai fungsi yang tersendiri bagi membawa para peminat G.U. melihat dunia 'The World' iaitu dunia online yang menyingkap pelbagai misteri. 8 karakter G.U. telah dipilih bagi menyelamatkan dunia online The World daripada kejahatan yang ada. Mereka dipilih dan dikenali sebagai 'Epitath User'. Setiap seorang daripada mereka mempunyai 'Avatar' yang dapat membantu mereka untuk memerangi 'AIDA' iaitu suatu virus yang menjangkiti pemain-pemain The World. Lapan Epitath User yang terpilih terdiri daripada Haseo, Atoli, Pi, Kuhn, Endrance, Sakubo, Ovan dan Yata. Tetapi salah seorang daripada mereka telah membelot kerana ketamakan untuk memiliki kuasa yang hebat. Mampukah mereka mengharmonikan semula The World??!!....




Games (PS2):

.hack//G.U. Vol1 Rebirth


.hack//G.U. Vol1 Rebirth merupakan game siri pertama untuk .hack//G.U. Dalam siri pertama ini, pemain akan menggunakan Haseo sebagai karakter gameplay. Pemain akan diperkenalkan kepada dunia online The World dan akan diajar bagaimana untuk menggunakan setiap menu yang ada. Yang menarik, pemain akan bermain seperti berada di hadapan komputer. Ini kerana game ini menyediakan paparan desktop seperti di komputer dan menyediakan paparan window untuk permainan online The World. Di paparan desktop, terdapat paparn menu seperti email, save, video, forum dan website The World, serta permainan Crimson VS iaitu permainan kad. Di desktop, kita dapat mengguna bonus yang ada seperti bonus video dan poskad.

Manakala, di window login The World tiada banyak yang selain menu forum dan website. Kebiasaan window ini dibuka untuk mendaftar masuk di dunia online The World.

The World, pemain akan menggunakan Haseo sebagai gameplay. Pada peringkat awal, Haseo adalah Level 1. Jika pemain hendak level up Haseo, pemain perlu pergi ke Platform utama di Mac Anu. Sebelum itu, pemain perlulah membuat party member yang terdiri daripada 3 orang pemain termasuk Haseo. Tekan pada menu pemain dan pilih 'Party' untuk memilih karakter favourite (pilih 2 karakter, ini akan membantu ketika hendak level up). Kemudian di Platform utama Mac Anu, pemain perlu memilih 'area word' dan pilih tiga perkataan untuk warp ke destinasi mission (pilih level yang sesuai, jika level1 pilih tempat yang mempunyai level2 atau level3). Apabila pemain telah berpindah ke destinasi yg dipilih, pemain perlu berlawan dengan monster yang ada di kawasan tersebut. Jika boleh bunuh kesemua party monster yang ada. Jika HP mula berkurangan dan tinggal sedikit, saya nasihatkan anda untuk pulang ke Town menggunakan mana-mana platform warp yang ada.

Permainan Vol 1 Rebirth ini akan membawa pemain kepada jalan cerita tentang pertemuan Haseo dengan Atoli serta pertemuan pertamanya dalam team G.U. yang merupakan suatu team pertubuhan CC Corp. yang bertujuan membanteras masalah players di dalam The World. Atoli mempunyai rupa yang mirip dengan rakan karib Haseo iaitu Shino. Haseo sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengembalikan Shino daripada golongan 'The Lost One' (player yang mati di dunia online dan kemudian koma di dunia sebenar) manakala Atoli sentiasa mencari jalan untuk memikat Haseo. Sementara itu, Haseo cuba untuk menghidupkan (awaken) avatar miliknya dengan bantuan Pi dan Kuhn (rakan G.U.). Haseo mempunyai avatar yang bernama Skeith iaitu avatar yang kecil, bertenaga, pantas dan mempunyai kuasa tembakan serta sabit yang mampu membunuh. Selain Haseo, Pi dan Kuhn serta 6 Epitath Users yang terpilih mempunyai avatar juga dan setiap daripadanya berlainan karakter. Mengikut jalan cerita ini, walaupun Atoli cuba sedaya upaya mendekati Haseo tetapi Haseo tidak mengendahkannya sehinggalah Atoli mencari jalan singkat. Dengan berbekalkan nasihat dari Ovan (rakan @HOME Haseo), Atoli telah pergi ke kawasan yang tidak dapat dikesan oleh team G.U. Haseo, Pi dan Kuhn berjaya mencarinya dan mereka juga telah terserempak dengan 'Tri-Edge' (dikatakan musuh yang dicari Haseo selepas kematian Shino di dunia online). Haseo bertekad berlawan dengan Tri-Edge tersebut dengan bantuan Pi dan Kuhn. Walaubagaimanapun, Haseo terpaksa berlawan menggunakan avatarnya, Skeith, kerana Tri-Edge tersebut telah bertukar kepada AIDA (sejenis virus yang berjangkit ke atas sistem komputer). Akhirnya, Haseo berjaya mengalahkan musuhnya itu tetapi suatu insiden buruk telah berlaku, Atoli telah diserang AIDA dan sistem komputernya telah dijangkiti.

Jadi, apakah yang akan terjadi pada Atoli? Mampukah team G.U. membanteras jangkitan AIDA? Apakah yang akan berlaku kepada The World?

Kalau hendak mengetahui lebih lanjut dapatkan video game .hack//G.U. Vol1 Rebirth untuk consol game PS2. Ketahui lebih lanjut tentang dunia The World dan selami dunia online yang penuh misteri.

***************************************************
Ikuti permainan video game .hack//G.U. Vol2 Reminisce di artikel seterusnya.

Showdown 2011


Showdown 2011 kali ini mengegarkan KL dan seluruh Malaysia sekali lagi dengan mencabar para dancer utk menjadi TOP 1 di Malaysia. Sebelum bergelar TOP 1, setiap crew perlu laluan pelbagai cabaran dan halangan. Lepas uji bakat, belum confirm boleh masuk show secara langsung tapi diorang kena laluan peringkat battle dan meltdown yang lebih mencabar.

Dalam tiga peringkat ini setiap crew memang perlu sangat memenangi hati juri utk melayakkan diorang masuk show secara langsung. Pastu, baru kena curi fikiran penonton supaya vote diorang. Kalau korang nak sms bukan susah pun hanya ikut step yg ada kat bawah ini:

Taip SD dan hantar ke 33399.

Mana2 crew yang korang minat, sms jer. Jadi jangan lupa saksikan Showdown 2011 setiap hari Rabu, 9.30 malam hanya di 8TV (astro channel 708).

Untuk info yang menarik tentang showdown 2011 klik di sini...

Showdown 2011
 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy