RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Tidak baik Menfitnah



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum, apa khabar semua. Sambil dengar radio Frenzy fm itu baca artikel ini sekali.

Tidak lama lagi Hari Bapa, apa hadiah korang2 kepada ayah korang. Takde hadiah? Eh, mana boleh mesti ada. Kita patut menghargai jasa ayah kita kerana dialah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keluarga dan memberi nafkah.

Jangan lah anggap ayah kita yang menyusahkan. Dia penting untuk kita kalau takde dia, mesti kita tak dapat makan sekarang ini. Memang ada sesetengah ayah yang jahat seperti yang jual dadah dan selalu memberi nafkah yang haram, tetapi cuba simpul balik apa yang bapa kita sendiri buat. Dia hantar pergi sekolah, beri makan dan menjaga kita. Kalau kena marah itu biasa ler, saya pun selalu kena.

Sepatutnya kita bersyukur, kita ada ayah yg prihatin. Jadi Hari Bapa nanti berilah hadiah terbaik, kalau sengkek pun bagi ucapan sayang pun cukuplah janji kita sambut dan ayah kita tahu yang kita sayangkan dia. Bukankah jasa ayah itu sungguh besar jadi hargailah bapa kita.

Okey itu sahaja daripada saya , semoga anda mendapat hari yang aman dan peaceful... Bye

Gunung Berapi buatan sendiri...



Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman,

Okey pada video di atas anda dapat lihat bagaimana adik-adik saya membuat eksperimen menggunakan replika gunung berapi yang dia beli. Sebenarnya jika anda hendak buat eksperimen ini tidak perlu menggunakan replika gunung berapi. Anda gantikan dengan barang yang lain seperti penutup botol. Kemudian ikut langkah di bawah.

Alatan:
-penutup botol

Bahan-bahan:
-cuka
-baking soda (bahan penaik/pembuat kek)

Langkah-langkah:

1. Letakkan baking soda ke dalam penutup botol.

2. Selepas itu, letak cuka... hati-hati nanti meletup!!!

3. Begitulah caranya, mudahkan...senang jer.

Jadi begitulah cara membuatnya. Baking soda anda boleh mendapatkan di bahagian 'Buatan Kek' di mana-mana market. OK... itu sahaja dari pada saya. Wassalam.

SUKMA 2010


Kehangatan sukan Malaysia kini semakin tiba. Peminat sukan negara akan ke
tempat-tempat perlawanan yang diminati. SUKMA 2010 digegarkan lagi dengan
perang bola dunia iaitu FIFA WORLD CUP. Di sini berlakulah keuntungan berlipat
ganda bagi perniagaan kedai kopi kerana kedai mereka yang mempunyai Astro
ESPN akan dipenuhi dan akan menjadi Stadium Astro yang mengegarkan. Saya
nasihatkan jiran yang berdekatan dengan kedai kopi sediakan penutup telinga
kerana mungkin sekali anda akan mengalami 'Sindrom Pekak Tidur'.

Berbalik pada SUKMA yang diadakan di Melaka, macam mana persiapan
korang nak tengok SUKMA. Kalau korang tak tahu, boleh rujuk di:


Di laman blog ini akan memaklumkan tarikh dan tempat perlawanan. Maklumat tersebut sungguh lengkap untuk anda.


Dengan adanya kedatangan korang tidak kira dari mana negeri ianya pasti menghangatkan. Datang beramai-rama, ajak ayah, emak, nenek, datuk, anak saudara dan saudara-saudara yang anda kenal, ajak diorang datang Melaka dan gegarkan Melaka iaitu Bandaraya Warisan Dunia ini dengan suaru semangat anda menyonggok atlet-atlet negeri.

Okey, Itu sahaja daripada saya dan janagan lupa datang, jenagan segan silu. Wassalam...

Ninja & Spy


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda kita berada di laman Area Sembang Kosong di mana anda semua boleh bagi comment setiap topik yang hendak diceritakan. Bagi lah apa-apa komen nak kutuk ke, nak ape ker, janji ada respons. Ok, dalam topik ini kita nak cerita sikit pasal ninja and spy.

Saya beritahu anda semua yang sedang tengok tv, main game, tidak lupa juga yang sedang makan sampai tercekik. Spy ini mungkin asalnya daripada Ninja yang anda biasa lihat di dalam tv. Zaman sekarang ini spy ada macam-macam, spt:

- Spy Moden.
- Quiet Spy.
- Ninja Spy

...dan something else. Apakah mungkin persamaan yang kita dapat lihat melalui SPY dan NINJA. Okey saya akan beritahu anda dari segi:

Pergerakan:

Ilmu pergerakan ini senang jer, gerak je lah. Bukan macam itu sebenarnya. Cara
pergerakan spy kita boleh ukur dari segi senyapnya. Nak katakan Boleh tak
perasan. Macam itu juga dengan ninja, walaupun lalu dalam air macam tasik ,
sungai, longgak, parit dan sebagainya, tetapi pergerakannya tetap tidak dapat
dikesan.Melainkan kita berhati-hati.

Itu baru satu yang kedua lak...

Kecekapan:

Ini biasa kita dengar kecekapan ninja dan spy. Kita pun boleh buat tetapi lain
bagi diorang. Kecekapannya apabila berhadapan dengan musuh. Apabila
membunuh musuh, orang lain tidak akan perasan bahawa ahli di dalam
kediaman tersebut sudah mati sampai esok pagi. Ini adalah teknik ninja dan
spy untuk simpan secret.Kecekapan diorang dapat dilihat apabila diorang
asyik terlepas jer tanpa dikesan.

Itu yang kedua yang terakhir ( ketiga )...

Personaliti:

Ninja and Spy selalunya pakai pakaian yang ketat dan berwarna gelap. Ini
dapat membantu bila hendak menyelam, melompat, terkinja dan sudaya tak
dapat dikesan pada kegelapan. Senjata diorang biasanya yang ringan-ringan,
supaya apabila nak bergerak pantas tak 'tersita'.


Sebelum mula misi kena diorang 'Exercise' dulu, kalau tak ketika buat aksi
berlaku kekejangan di mana-mana bahagian otot. Diorang ini biasanya tak
kahwin sebab binidiorang nanti 'calling', nanti bininya tanya
" Bang bila nak balik?" . Itu yang menjadi masalah kalau diorang kahwin.


Okey tak, topik kali ini? Kallau tak okey nanti kita masuk topik lain
lak pasal keadaan semasa.

Oiit, jangan belah dulu. Bagi komen korang sudah janji sama beta. Kalau tidak
'tulah' yang melekat. Baiklah, itu sahaja daripada saya. Kalau ada apa-apa
hal nak tanya, tanya nya leh sebab I'm single. Wassalam...



Keyakinan Diri

Dalam topik yang lepas saya telah membuat topik tentang Potensi Minda &
Elakkan Stress. Dalam topik tersebut saya telah terangkan terperinci tentang
bagaimana hendak meningkatkan potensi minda anda. Baiklah, dalam topik ini
saya ingin menerangkan berkenaan dengan keyakinan diri.

Keyakinan diri kalau dalam aspek tertentu ianya adalah perhubungan diri
di antara minda. Keyakinan diri membantu kita supaya kebih terbuka kepada
keadaan sosial iaitu keadaan masyarakat. Dibawah ini saya sediakan tips yang
seterusnya.

Ketiga:

- Letakkan diri anda dalam keadaan berkeyakinan setiap masa. Ambil keyakinan
anda yang telah hilang, dan tunjukkan melaui keterampilan diri yang baik. Jangan
jangan lari dalam masalah kerana ianya tidak akan membantu.

Yakinkan diri anda bahawa masalah anda boleh diselesaikan sendiri dengan
kekuatan diri anda sama ada ketika nak berjumpa bos, temuduga, masalah cinta
dan sebaginya.

Orang yang berkeyakinan adalah orang yang berjaya. Orang yang lari daripada
masalahnya merupakan seorang yang rugi besar dalam hidupnya.

Kesimpulannya, keyakinan adalah kunci utama untuk berjaya. Jika sikap ini tiada
dalam diri, peratus untuk berjaya mungkin kurang. Jadi jangan letakkan diri di
tempat yang membebankan diri, selesaikan masalah dengan bantuan sendiri dan
orang ramai seperti kanselor.

Ikutilah tips yang setrusnya. Wassalam...

 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy