RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Bulan Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Yang lelaki wajib puasa. Yang perempuan lak ikut time. huhu....

Di bulan puasa ini, saya nasihatkan kepada anda semua, adalah lebih baik kita sebagai muslim memperbanyakkan amalan-amalan soleh. Antaranya adalah berzikir, beristighfar, bertasbih, n jangan lupa minta ampun dari Ilahi kerana sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Pendengar. Minta lah apa yang korng nak minta, di bulan puasa inilah pintu langit n pintu syurga sentiasa dibuka. Minta yang baik2, jgn minta yang x baik.

Lagi satu, klu puasa jangan bagi alasan yang kita ini lemah x bermaya. Pada zaman Rasulullah s.a.w, baginda berperang untuk berjihad menegakkan Islam di Bulan Ramadhan bersama umat Islam yang lain. So, memang xde alasan utk kita malas untuk Solat fardhu, iaitu, solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, n Isyak.

Di bulan puasa ini juga, kita boleh melakukan solat-solat sunat seperti solat Taubat, solat Hajat, Solat Terawih bersama imam di Masjid bagi menambahkan amalan kita. Yang menariknya, pahala amalan tersebut akan berlipat kali ganda apabila kita berada di dalam Bulan Ramadhan.

Elakkan pembaziran di bulan yang mulia ini. Kebanyakan masyarakat kita membazir dengan membeli juadah yang berlebih bagi berbuka puasa. Amalan seperti inilah tidak diredhai Allah dan tidak pernah dilakukan Rasulullah s.a.w. Baginda sekadar makan kurma sahaja ketika berbuka puasa. Lihatlah kesabaran yang ditunjukkan baginda. Sunnah inilah yang perlu disemai dalam setiap umat Islam.

K, itu sahaja drp sy. Wassalam....
 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy