RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Majlis Alumni Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Kebangsaan 2010


Kepada semua members,

Sorry sebab sudah lama tak update blog ini. Maklumlah, saya ini budak PMR, cikgu pulak push saya supaya saya belajar begitu jugalah dengan ibu bapa. Tetapi walaubagaimanapun, harapan mereka kepada saya tidak akan saya lupakan kerana ini memberi semangat kepada saya supaya terus berjaya.

Okey, hari ini saya hendak cerita sikit fasal anugerah yang saya terima pada malam Majlis Alumni Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Kebangsaan 2010. First, saya ingin ucapkan terima kasih kepada guru-guru kaunseling saya iaitu Puan Melur, Puan Laila dan Encik Azri kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk layak menerima anugerah ini. Tidak lupa juga kepada kerajaan negeri Melaka bahagian PPDa iaitu Tuan Haji Daud bin Abdull, Tuan Haji Manan bin Umar dan Encik Loh Chee Cheong yang sanggup mengikuti kontinjen Melaka sehingga tiba di destinasi. Dan juga kepada semua kawan-kawan yang gambarnya terpapar di atas itu.

Majlis tersebut berlangsung pada 18 Oktober sehingga 20 Oktober dan kami semua berada di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Malam majlis tersebut berlangsung pada malam terakhir kami di sana. Semasa tiba di sana kami mengambil kunci bilik dan check-in di dalam bilik penginapan. Masa itu waktu petang, so... kitorang berehat sebentar. Lepas sudah tension duduk dalam bilik berdingin hawa baru kita semua blah turun bawah makan angin. Kitorang duduk kat tingkat satu, bila nak turun tak susah sangat sebab kalau lif sudah crowded naik tangga jer sudah sampai.

Malam pukul 7.00, kitorang teruskan dengan aktiviti makan. Siapa tak suka makan kat hotel. Pelbagai aneka pilihan yang terhidang di depan mata. Makan buffer, mestilah sedap. Selepas itu, kitorang pergi dewan untuk mendengar taklimat reseal yang akan disampaikan. Sebelum itu, saya ambil kesempatan snap picture cuba korang perhatikan kat bawah ini.


Cun-cun awek Melaka. Lepas itu, dengarlah taklimat daripada pegawai yang
bertugas. Blah...blah...blah...blah...ceramah yang panjang dan minum malam pun
tiba. Malam itu rancang nak karoeke, malang sekali arked itu dah tutup. So...
kitorang blah bongkang kat dalam bilik. Budak-budak kat bilik saya gayat,org tak
pernah duduk hotelkan. Diorang pergi dari bilik ke bilik, katanya nak menziarahi
saudara baru. Maklumlah, yang datang itu semua wakil negeri jadi diorang ambil
kesempatan mengenali rakan2 baru. Saya malas nak layan diorang. So... duduk
dalam bilik jer, tengok cerita kung fu.

Esok pagi, solat, sarapan, lepas tu masuk dewan dengar ceramah. Doktor yang
ceramah itu cun sungguh. Tapi dia punya ceramah memberi kesan kepada semua
pelajar yang mendengarnya. Doktor ini cepat bermesra dan peramah. Banyak
soalan dia tanya kat budak-budak. Yang peliknya, saya duduk perhati jer diorang
sebab tak berani nak jawab.



Lepas itu kitorang ada aktiviti talkshow. Dalam aktiviti ini sesiapa nak bagi pendapat, dipersilakan. Semua yang pergi cakap itu, hebat2 gila. Kalah saya. Selepas itu, kitorang lunch dengan rasa bangganya kerana perut ini telah berirama dengan dendangan lagu2 P.Ramlee.

Petang itu ada lagi aktiviti iaitu lawatan. Ingatkan pergi mana, pergi Nilai 3. Kat sana rasa begitu boring sebab takde benda nak beli. Ada ler beli barang skit, topi dan jam tangan. Lepas tu blah ler sebab malam ini nak bersiap untuk mengambil anugerah yang disampaikan.



Malam itu, kitorang makan puas2. Asal kenyang sudahlah. Malam yang penuh gemilang itu, saya naik dengan ras gentar dan hiba kerana bukan senang nak naik atas pentas. Saya bersalaman dengan pemberi hadiah yang bernama 'saya sendiri pun tak kenal'. Lepas itu, kitorang bergambar bagaikan artis popular di dalam tv yang asyik tersengih. Dato' Lat pun datang malam tu, tapi tak sempat nak bergambar ngan dia.

Kemudian kitorang balik bilik. Abang Daniel cerita hantu pada malam tersebut yang menyebabkan saya seram dan sejuk kerana merasa ekon yang sedang ON. Lastnya, kitorang tidur satu bilik. Kitorang tidur tak silap saya, pukul 2 pagi. Esok bangun kena flu sebab bilik yang berpendingin hawa.

Pagi itu, kitorang bersiap. Kemas beg, baju dan perkara yang sama waktu dengannya. Pukul 7.30, we breakfast dengan guru2 yang disayangi. Kemudian, naik bas untuk bertolak ke Melaka. Semasa dalam bas, rasa kelam jer. Gelap benor2. Tiba Melaka, kitorang posing kat Jabatan Pelajaran Melaka, Bukit Baru.





Then, kitorang baliklah dengan rasa seronok dan kecewa. Seronok sebab bercuti. Kecewa sebab kena tinggalkan kawan2 dari pelbagai negeri. Sekian, salam daripada saya. tengoklah gambar pemandangan dan kenangan kat bawah ini. Wassalam...






 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy