RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Maksud Sains


Sains ada maksudnya tersendiri. Sains adalah suatu fenomena alam yang
berlaku di dalam kehidupan kita. Tidak kira dari segi musim, kimia, haba dan
sebagainya.

Sains daripada manusia adalah perkara biasa tetapi sains juga membantu dalam
urusan kehidupan. Sains yang paling mudah kita pelajari dalam hidup kita adalah
menyidai pakaian di ampaian. Persoalan berkenaan dengannya adalah bagaimana
baju yang basah boleh kering dengan menyidai baju? Kenapa tidak letak di bawah
kipas? Boleh terangkan secara terperinci..

Beri komen anda di bahagian komen yang disediakan

Elakkan Stress...


Stress adalah perkara biasa yang manusia alami. Ini disebabkan tekanan tau ketidakkawalan yang diterima oleh seseorang. Ianya ada kelebihan dan ada keburukannya iaitu:

Kelebihan:

- Stress akan membantu anda untuk menyedarkan anda tentang diri and. Stress yang seperti ini adalah stress yang tidak terlampau jika dibandingkan dgn stress yang melampaui batas. Kita juga perlu byk bersabar jika ada tekanan.

Keburukan:

- Stress menyebabkan Fizikal, Mental, Emosi serta Jiwa rosak. Ya, memang rosak. Jika anda tidak sedar dlm stress yg melampau ini mungkin ia akan memburukkan diri anda dan merosakkan Profession anda. Jadi elakkan, katakan Tak Nak!!! kepada STRESS...

Di sini ada Tips Yang Kedua iaitu sambungan drp Pertama:

Kedua:

- Elakkan STRESS kerana ia akan menggangu kerja harian anda. Dalam membina POTENSI MINDA yang baik anda perlu dalam keadaan tenang dan sabar.


Cari tempat yang tenang dan senang utk berfikir kerana ia akan membantu anda. Minda anda tidak boleh menerima dua perkara dalam satu masa kecuali jika dilatih begitu, jadi jgn serabutkan fikiran dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah kerana ianya mungkin akan menjadikan anda seorang gila. Ya, gila macam di tempat... fikirlah sendiri.


Tips yang saya bagi kali ini adalah lebih berpotensi kerana kalau tidak boleh kawal stress otak akan mereng dan tidak boleh berfikir. Letakkan pemikiran anda pada tempat dan masa yang selesa. Seperti, sebelum tidur kita baring kemudian buat kesimpulan apa yg anda lihat. Kalau nak tahu cara buat kesimpulan anda kembali pada tips Pertama yang saya beri dalam Ilmu(Potensi Minda).

Ok, itu sahaja daripada saya. Ikuti Tips-tips yang seterusnya.

Wassalam...

Potensi Minda



Potensi Minda!!!

Ya, pernahkah anda mengetahui berkenaan dengan potensi minda anda? Pernah atua tidak anda mengukurnya? Pernah atau tidak anda merasai sepenuh jiwa? Pernah atau tidak anda membuat teori sama ada baik ataupun tidak tentang potensi minda?

Ini yang kita patut persoalkan terhadap diri anda. Potensi, kuasa, fungsi... MINDA. Semua yang berlaku disekeliling anda, perlukah diterima. Setiap pergerakan anda adalah daripada minda anda sendiri. Setiap yang berlaku pada manusia disebabkan minda mereka sendiri.

Tapi... pernahkah anda menggunakan minda anda dengan sebaik-baiknya?Sudahkah tukar cara hidup anda? Belum, takkan nak buat kerja yang sama sahaja setiap hari seperti bangun tidur, pergi kerja, pergi sekolah dan lepas itu tiba di tempat destinasi boring nak buat kerja. Kerja yang bos bagi tak siap, kerja yang cikgu bagi tak siap. Ini semua berkaitan dengan minda anda dan bila anda hendak berubah dengan cara hidup yang sekarang. Jawapannya mesti ada di minda anda.

Persoalannya, anda pandai gunakan mindakah?

Di sini, saya beritahu bolehkah minda anda mengubah cara hidup anda. Sebenarnya, boleh jika anda berusaha menggunakan minda anda dengan sebaiknya. Bukan sekadar berusaha sahaja tetapi tiada strategi tidak berguna juga.

Saya akan mengajar anda bagaimana cara anda dapat mengguna minda anda dengan cara yang paling senang sekali. Cara ini saya telah mencuba sendiri dan hasilnya sungguh menakjubkan. Cara ini boleh digunakan sesiapa sahaja, baik yang muda atau yang tua. Cara ini adalah asas dan permulaan kerana sebelum anda mempunyai potensi minda yang tahap tinggi anda perlu bermula daripada bawah dan cara ini adalah cara yg paling efektif.

Ok, Begini caranya:

Pertama:

- Sesuatu benda yang anda nampak tidak kira ais krim, TV, Computer atau sebagainya... anda kembangkan beberapa teori yang senang dan menarik. Kalau anda tak faham sy beritahu caranya, cth:

Objek yang anda kihat: Ais krim

Teori yang dikembangkan:

Aiskrim - ada krim
Aiskrim - konnya diperbuat daripada biskut
Aiskrim - rasa strawberry (melalui warna)

Saya harap anda faham macam mana anda hendak menggunakannya. Minda anda tidak susah sebenarnya untuk diguna asalkan anda tahu untuk menggunakannya.

Sebenarnya, anda hanya perlu buat tiga perkara untuk melatih minda anda:

1. Berfikir
2. Berfikir
3. Berfikir

Ya, memang begitu caranya. Tak susah cuma anda tak reti guna sahaja. Jika anda selalu berfikir secara tak langsung otak anda akan dilatih perkara baru setiap kali anda fikir.

Oklah, itu sahaja daripada saya. Ingat Fikir atau Thinking. Cuba tips yang sy berikan ini dirumah. Ketahui tips yang lebih lanjut tentang Potensi Minda. Ada lebih daripada 1 tips dan ketahui cara menggunakan minda anda. Wassalam...

"Ilmu berguna yg diketahui tetapi tidak digunakan cuma sia-sia sahaja"

 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy