RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Selamat Hari Raya Idilfitri


Selamat Hari Raya Idilfitri saya ucapkan kepada semua muslim dan muslimah sekalian. Sempena hari lebaran ini, kita patut meraikan kejayaan kita setelah menahan diri ketika di bulan Ramadhan. Setelah lama sebulan kita berada di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan, Allah telah memberikan kita hari yang penuh bahagia di bulan Syawal. Dibulan Syawal ini kita bermaafan dan menziarahi saudara mara sebagai tanda keberkatan dalam pertalian saudara.


Sebelum kita menunaikan solat sunat Idilfitri, kita digalakkan berjumpa saudara yang terdekat dan saling bermaafan. Kita juga disunatkan memakai pakaian yang cantik2, memakai wangian dan mengisi perut di pagi Syawal. Janganlah kita skip khutbah yang akan disampaikan nanti kerana ia dapat membimbing kita ke jalan yang benar. Selepas solat Sunat Idilfitri, adalah lebih baik kita menziarahi kubur dan mendoakan mereka yang telah kembali ke rahmatulllah. Semoga roh mereka diberkati.



Ziarahlah saudara2 kita. Janganlah sombong untuk meminta maaf daripada mereka, setiap kesalahan pasti ada kemaafan. Berbual senda di antara kita dapat mengeratkan silaturahim. Banyak yang boleh dibicarakan di Hari Raya ini. Jadi, jangan sia-siakan waktu yang gembira ini. Sambutlah hari lebaran ini dengan keceriaan.

Pesanan:

Kepada semua adik2 yang bawah umur, jangan lepaskan peluang utk memungut duit raya yang diberi sedara mara. Jangan pulak pergi rumah ke rumah, tak segan ker? Bila dah dapat duit raya jgn boros berbelanja, simpan, buat masuk UNIVERSITI. Okey. Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy