RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Selamat Hari Raya Idilfitri


Selamat Hari Raya Idilfitri saya ucapkan kepada semua muslim dan muslimah sekalian. Sempena hari lebaran ini, kita patut meraikan kejayaan kita setelah menahan diri ketika di bulan Ramadhan. Setelah lama sebulan kita berada di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan, Allah telah memberikan kita hari yang penuh bahagia di bulan Syawal. Dibulan Syawal ini kita bermaafan dan menziarahi saudara mara sebagai tanda keberkatan dalam pertalian saudara.


Sebelum kita menunaikan solat sunat Idilfitri, kita digalakkan berjumpa saudara yang terdekat dan saling bermaafan. Kita juga disunatkan memakai pakaian yang cantik2, memakai wangian dan mengisi perut di pagi Syawal. Janganlah kita skip khutbah yang akan disampaikan nanti kerana ia dapat membimbing kita ke jalan yang benar. Selepas solat Sunat Idilfitri, adalah lebih baik kita menziarahi kubur dan mendoakan mereka yang telah kembali ke rahmatulllah. Semoga roh mereka diberkati.



Ziarahlah saudara2 kita. Janganlah sombong untuk meminta maaf daripada mereka, setiap kesalahan pasti ada kemaafan. Berbual senda di antara kita dapat mengeratkan silaturahim. Banyak yang boleh dibicarakan di Hari Raya ini. Jadi, jangan sia-siakan waktu yang gembira ini. Sambutlah hari lebaran ini dengan keceriaan.

Pesanan:

Kepada semua adik2 yang bawah umur, jangan lepaskan peluang utk memungut duit raya yang diberi sedara mara. Jangan pulak pergi rumah ke rumah, tak segan ker? Bila dah dapat duit raya jgn boros berbelanja, simpan, buat masuk UNIVERSITI. Okey. Wassalam...

Excretory System (Kidneys)


Sistem Pembuangan (Excretory System) sangat penting di dalam badan kita. Ia membantu dalam menstabilkan metabolisma di dalam badan kita. Salah satu Sistem Pembuangan di dalam badan kita adalah ginjal (kidneys).

Setiap manusia normal mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah ginjal. Ginjal membantu menapis bahan-bahan buangan yang berlebihan seperti ubatan yang berlebihan. Saya akan ceritakan daripada mula sehingga akhir bagaimana kitaran sistem ini berlaku. Lihat Peta minda di bawah:





Darah merah yang beroksigen (O2X) akan memasuki salur darah arteri dari jantung yang telah dipam. Kemudian darah tersebut akan masuk ke ginjal dan ditapis oleh Glomerulus. Darah merah tidak akan dapat melepasi penapis itu kecuali Urine. Di dalam Urine mempunyai:
-Urea
-Ammonia
-Uric Acid
-Toxin
-Water

Urine akan melalui salur Ureter untuk sampai ke dalam Urinary Bladder dan akan disimpan sementara waktu sebelum dibuang. Urine akan melaui Urethra dan akan menjadi air kencing.

Di bawah ini saya telah sediakan struktur di dalam ginjal (Kidney). Anda boleh lihat seperti dibawah ini:



Petua saya:

-Jangan tahan air kencing apabila nak terkeluar kerana perkara seperti ini akan menyebabkan toksin di dalam badan serta menyebabkan berlakunya kurang keseimbangan metabolisma dalam badan.

Wassalam...
 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy