RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Juara Piala Dunia 2010 !!!


Selepas sekian lama 5 perlawanan FIFA World Cup dijuarai oleh pasukan Brazil tetapi kini yang muncul juara adalah pasukan Sepanyol yang sebelum ini telah menjuarai EURO 2008. Ini adalah detik gembira bagi pasukan Sepanyol setelah sekian lama berusaha untuk mendapatkan Piala Dunia ini dan kali ini adalah kejuaraan yang pertama bagi pasukan Sepanyol di dalam FIFA World Cup.
Perlawanan diantara Sepanyol dan Belanda ini sungguh mencabar dan berdebar hati-hati penonton yang menontonnya. Pertempuran ini berlaku di Soccer City Afrika Selatan dimana pasukan Sepanyol diketuai oleh Iker Casillas. Masa tambahan selama 30 minit telah diberikan setelah masa 90 minit tiada gol yang dihasilkan.

Pemain Sepanyol, Andres Iniesta, telah menyerikan wajah-wajah pemain Sepanyol setelah memberikan gol yang pertama bagi perlwanan ini. Gol tersebut telah dihasilkan pada minit ke-116. Gol tersebut hampir menimbulkan kontroversi kerana rami yang mendakwa pemain tersebut telah offside. Saya tidak mahu membuat penilaian tetapi saya beri kepada anda link video tersebut klik dibawah:


Tetapi walaubagaimanapun Sepanyol adalah juara FIFA World Cup 2010 dengan kemenangan 1-0 ke atas Belanda.



Pemain Sepanyol Iker Casillas telah menerima sarung tangan emas selepas menerima penjaga gol terbaik manakala Muller pemain Jerman menerima kasut
emas selepas menerima pemain muda terbaik FIFA WORLD CUP 2010.

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy