RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

.hack//G.U. (.hack//G.U. Vol1 Rebirth)


Sinopsis:
.hack//G.U. merupakan suatu siri MMORPG yang terhebat dan diminati ramai pemain RPG di Jepun malah di Amerika Syarikat juga. Siri ini mempunyai permainan video (PS2), siri anime (.hack//Roots) dan movie HD yang menarik (.hack//G.U. TRILOGY). Setiap siri yang diterbitkan mempunyai fungsi yang tersendiri bagi membawa para peminat G.U. melihat dunia 'The World' iaitu dunia online yang menyingkap pelbagai misteri. 8 karakter G.U. telah dipilih bagi menyelamatkan dunia online The World daripada kejahatan yang ada. Mereka dipilih dan dikenali sebagai 'Epitath User'. Setiap seorang daripada mereka mempunyai 'Avatar' yang dapat membantu mereka untuk memerangi 'AIDA' iaitu suatu virus yang menjangkiti pemain-pemain The World. Lapan Epitath User yang terpilih terdiri daripada Haseo, Atoli, Pi, Kuhn, Endrance, Sakubo, Ovan dan Yata. Tetapi salah seorang daripada mereka telah membelot kerana ketamakan untuk memiliki kuasa yang hebat. Mampukah mereka mengharmonikan semula The World??!!....




Games (PS2):

.hack//G.U. Vol1 Rebirth


.hack//G.U. Vol1 Rebirth merupakan game siri pertama untuk .hack//G.U. Dalam siri pertama ini, pemain akan menggunakan Haseo sebagai karakter gameplay. Pemain akan diperkenalkan kepada dunia online The World dan akan diajar bagaimana untuk menggunakan setiap menu yang ada. Yang menarik, pemain akan bermain seperti berada di hadapan komputer. Ini kerana game ini menyediakan paparan desktop seperti di komputer dan menyediakan paparan window untuk permainan online The World. Di paparan desktop, terdapat paparn menu seperti email, save, video, forum dan website The World, serta permainan Crimson VS iaitu permainan kad. Di desktop, kita dapat mengguna bonus yang ada seperti bonus video dan poskad.

Manakala, di window login The World tiada banyak yang selain menu forum dan website. Kebiasaan window ini dibuka untuk mendaftar masuk di dunia online The World.

The World, pemain akan menggunakan Haseo sebagai gameplay. Pada peringkat awal, Haseo adalah Level 1. Jika pemain hendak level up Haseo, pemain perlu pergi ke Platform utama di Mac Anu. Sebelum itu, pemain perlulah membuat party member yang terdiri daripada 3 orang pemain termasuk Haseo. Tekan pada menu pemain dan pilih 'Party' untuk memilih karakter favourite (pilih 2 karakter, ini akan membantu ketika hendak level up). Kemudian di Platform utama Mac Anu, pemain perlu memilih 'area word' dan pilih tiga perkataan untuk warp ke destinasi mission (pilih level yang sesuai, jika level1 pilih tempat yang mempunyai level2 atau level3). Apabila pemain telah berpindah ke destinasi yg dipilih, pemain perlu berlawan dengan monster yang ada di kawasan tersebut. Jika boleh bunuh kesemua party monster yang ada. Jika HP mula berkurangan dan tinggal sedikit, saya nasihatkan anda untuk pulang ke Town menggunakan mana-mana platform warp yang ada.

Permainan Vol 1 Rebirth ini akan membawa pemain kepada jalan cerita tentang pertemuan Haseo dengan Atoli serta pertemuan pertamanya dalam team G.U. yang merupakan suatu team pertubuhan CC Corp. yang bertujuan membanteras masalah players di dalam The World. Atoli mempunyai rupa yang mirip dengan rakan karib Haseo iaitu Shino. Haseo sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengembalikan Shino daripada golongan 'The Lost One' (player yang mati di dunia online dan kemudian koma di dunia sebenar) manakala Atoli sentiasa mencari jalan untuk memikat Haseo. Sementara itu, Haseo cuba untuk menghidupkan (awaken) avatar miliknya dengan bantuan Pi dan Kuhn (rakan G.U.). Haseo mempunyai avatar yang bernama Skeith iaitu avatar yang kecil, bertenaga, pantas dan mempunyai kuasa tembakan serta sabit yang mampu membunuh. Selain Haseo, Pi dan Kuhn serta 6 Epitath Users yang terpilih mempunyai avatar juga dan setiap daripadanya berlainan karakter. Mengikut jalan cerita ini, walaupun Atoli cuba sedaya upaya mendekati Haseo tetapi Haseo tidak mengendahkannya sehinggalah Atoli mencari jalan singkat. Dengan berbekalkan nasihat dari Ovan (rakan @HOME Haseo), Atoli telah pergi ke kawasan yang tidak dapat dikesan oleh team G.U. Haseo, Pi dan Kuhn berjaya mencarinya dan mereka juga telah terserempak dengan 'Tri-Edge' (dikatakan musuh yang dicari Haseo selepas kematian Shino di dunia online). Haseo bertekad berlawan dengan Tri-Edge tersebut dengan bantuan Pi dan Kuhn. Walaubagaimanapun, Haseo terpaksa berlawan menggunakan avatarnya, Skeith, kerana Tri-Edge tersebut telah bertukar kepada AIDA (sejenis virus yang berjangkit ke atas sistem komputer). Akhirnya, Haseo berjaya mengalahkan musuhnya itu tetapi suatu insiden buruk telah berlaku, Atoli telah diserang AIDA dan sistem komputernya telah dijangkiti.

Jadi, apakah yang akan terjadi pada Atoli? Mampukah team G.U. membanteras jangkitan AIDA? Apakah yang akan berlaku kepada The World?

Kalau hendak mengetahui lebih lanjut dapatkan video game .hack//G.U. Vol1 Rebirth untuk consol game PS2. Ketahui lebih lanjut tentang dunia The World dan selami dunia online yang penuh misteri.

***************************************************
Ikuti permainan video game .hack//G.U. Vol2 Reminisce di artikel seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy