RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Devil May Cry


Devil May Cry di antara permainan video terbaik untuk permainan video consol generasi ke-6 (PS2). DMC menceritakan seorang penyiasat aktiviti paranormal yang separuh devil dan manusia dan ingin menyelamatkan dunia dari kejahatan makhluk ghaib. Watak yang akan dimainkan adalah Dante yang mempunyai sebahagian kuasa Sparda di dalam dirinya. Dia meminati baju berwarna merah dan hitam. Senjata utama yang dimiliki adalah dua pucuk pistol dan sebilah pedang yang mempunyai reka bentuk yang unik. Dante mempunyai sikap yang tenang dan tidak pernah mengelabah apabila berdepan dengan makhluk paranormal yang ingin menyerangnya. Karakter ini juga mempunyai teknik menembak yang tepat dan mampu bergerak tangkas menggunakan pedangnya.

Dalam siri game pertama Devil May Cry ini Dante telah bertemu dengan Trish seorang wanita misteri yang mirip rupa mendiang ibunya. Trish telah memberitahunya untuk menghampuskan Mundus (Devil King) dan merancang untuk membunuh Dante. Tetapi Trish kemudian berubah fikiran dengan membantu Dante menghapuskan Mundus di pertengahan jalan cerita. Dante juga bertemu dengan abang kembarnya, Virgil, dan telah bertarung dengan abangnya itu sehingga abangnya mati ditangannya. Virgil telah dikawal oleh Mundus untuk menghapuskan Dante.

Dapatkah Dante mengalahkan Mundus yang mempunyai saiz lebih besar berbanding dengannya?

Siri game aksi ini pasti akan memberi keseronokan kepada anda untuk mencubanya. Game ini mempunyai senjata lain selain senjata utama Dante dan pemain boleh memilihnya. Sebelum boleh memiliki senjata-senjata tersebut, pemain perlu mencarinya dan menyelesaikan puzzle di dalam istana.

Grafik permainan cukup memberi effect kepada dunia paranormal dan memberi kepuasan kepada pemain mencuba aksi yang dimiliki oleh Dante.

Apalagi, dapatkannya sebelum terlambat....

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy