
Dalam siri game pertama Devil May Cry ini Dante telah bertemu dengan Trish seorang wanita misteri yang mirip rupa mendiang ibunya. Trish telah memberitahunya untuk menghampuskan Mundus (Devil King) dan merancang untuk membunuh Dante. Tetapi Trish kemudian berubah fikiran dengan membantu Dante menghapuskan Mundus di pertengahan jalan cerita. Dante juga bertemu dengan abang kembarnya, Virgil, dan telah bertarung dengan abangnya itu sehingga abangnya mati ditangannya. Virgil telah dikawal oleh Mundus untuk menghapuskan Dante.
Dapatkah Dante mengalahkan Mundus yang mempunyai saiz lebih besar berbanding dengannya?
Siri game aksi ini pasti akan memberi keseronokan kepada anda untuk mencubanya. Game ini mempunyai senjata lain selain senjata utama Dante dan pemain boleh memilihnya. Sebelum boleh memiliki senjata-senjata tersebut, pemain perlu mencarinya dan menyelesaikan puzzle di dalam istana.
Grafik permainan cukup memberi effect kepada dunia paranormal dan memberi kepuasan kepada pemain mencuba aksi yang dimiliki oleh Dante.
Apalagi, dapatkannya sebelum terlambat....
0 comments:
Post a Comment