RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Angry Birds Chrome



Angry Birds adalah game online kegilaan ramai pada masa kini. Apabila game ini diterbitkan pada tahun 2009, ramai yang berpusu-pusu utk mencuba permainan video online ini. Memang sauatu permainan yang patut dicuba oleh sesiapa sahaja.

Saya telah mencubanya. Menyeronokkan sambil memikirkan idea2 baru bagaimana hendak menumpaskan haiwan yang berwarna hijau itu. Cara permainan video ini begitu mudah. Hanya perlu menarik tali menggunakan mouse dan lepaskan klik tapi perlu target bahagian yang mana yang hendak ditembak.

Game ini terdiri daripada beberapa ekor burung yang mempunyai pelbagai kelebihan seperti laju, meletup n sebagainya. Selain Angry Birds, ada juga 2 siri yang baru iaitu Angry Birds Seasons dan Angry Birds Rio . Siri-siri ini ada kelebihannya tersendiri. Seperti Angry Birds Seasons, ianya boleh dimainkan dalam peranti iPhone, Android dan Nokia. Begitu juga dgn Angry Birds Rio cuma peranti Nokia sahaja. Kedua-dua siri ini adalah berbayar.

Rovio adalah syarikat yang mengasaskan Angry Birds. Ditubuhkan pada tahun 2003 dan telah memenangi beberapa anugerah utk permainan game bg platform handphone. Syarikat ini kian popular dengan penerbitan Angry Birds.



 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy