RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Dtg sekolah ada matlmat


Hari Isnin bersama dgn 3 haribulan Januari 2011 merupakan hari pertama persekolahan bermula. Ada yang suka dan berduka. Suka sebab jumpa kawan, cikgu, buku dan tidak lupa yg tak sabar jumpa ngan awek diorang. Yang berduka macam budak-budak darjah satu, sampai melalak budak sebab ibu bapa diorang tinggalkannya. Yang penting walau siapa pun kita, semuanya serupa dan setaraf. Adik yg gembira sebab dapat kelas yg lebih baik daripada rakan diorang. Yang tidak mendapat kelas baik jgn kecewa kerana ada hikmah disebaliknya dan ada baik serta buruknya.

Anyway, hari baru perlu dimulakandgn perkara baru. Apa azam korang untuk tahun 2011 ini. Kalau ada azam kena genggamnya sehingga capai.

Saya nak cerita sedikit tentang azam seorang pakar motivasi. Dia cerita kepada audience termasuk saya bahawa dia pernah berazam utk mendapatkan kereta BMW dalam masa setahun. Kerja dia bukan apa pun, hanya ceramah-ceramah-ceramah dan ceramah. Tetapi dia berusaha dgn bersungguh-sungguh utk mencapai matlamat itu. Akhirnya, dgn izin Tuhan dia mengeluarkan kunci kereta BMW nya dan menunjukkan kepada kami semua bahawa dia berjaya memilikinya.

Pengajarannya...

Apa pun matlamat kita, pastikan kita mencapainya. Walaupun susah dan senang, usaha perkara utama. Jgn berputus asa kerana pintu Rahmat sentiasa terbuka kepada kita. Jgn letak matlmat yg merepek ataupun yg buruk sebab matlmat itu pasti tidak tercapai

Sekian drp saya. Wassalam...
 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy