RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Mix Street Dance Crew


Mix Street Dance Crew merupakan team freestyle yang sy jumpa kat Duyong. Diorang juga terdiri daripada rakan-rakan sy sendiri jugak. Setiap hari pada pukul 5 ptg crew ini akan berlatih koreografi yg baru iaitu gaya bebas dlm dance. Tidak kira apa yang mereka tarikan mereka tetap akan berlatih setiap hari.

Saya paling suka lihat mereka berlatih. Mereka ada semangat yg utuh utk memajukan team mereka dlm tarian HipHop ini. Walaupun byk kesilapan yg dpt dilihat sekurang-kurangnya gaya mereka sungguh mengagumkan mata sy. Saya telah melawat Stage Dance mereka di Duyong. Mereka hanya menari di kawasan gelanggang badminton terbuka. Ini pun sudah cukup bagi mereka berlatih.


Kadangkala mereka membuat BattleDance dgn menunjuk kehebatan masing2. Selepas jam dlm handset menunjuk pukul 6.30 ptg, saya mula meminta diri utk beredar pulang. Maklumlah nak dekat magrhib kan. Sy pun kayuh basikal dgn rasa senyum sebab dapat sesuatu yg menarik dan dgn rasa sedih sebab dah lambat nak pulang.

Parkour


Parkour merupakan sukan ekstrem dikalangan remaja sekarang selepas freestyle dance menjadi pilihan yg pertama. Parkour bermula di negara Perancis. Sukan Parkour boleh digunakan ketika menyelamatkan diri semasa keadaan kritikal.

Sukan seperti ini amat berbahaya. Jadi, remaja yg tidak lasak tidak disaran menjadikan sukan ini sebagai pilihan. Parkour mempunyai kemahiran tertentu yang perlu dipelajari. Seperti rolling, memanjat dinding, dan gaya loncatan serta lonjakan tangan & kaki. Gaya berlari juga penting dalam sukan ini.

Dengan adanya pelajaran seperti ini, risiko kemalangan dapat dikurangkan. Parkour juga perlu dilihat dari segi badan seseorang kerana tahap kemampuan dan ketahanan badan perlu ada bagi mengelakkan kesakitan pada badan.

Rombongan Pengawas SMK Bukit Katil

Assalamualaikum,

Kepada semua member sorry kalau dah lama sy tak update. Sebabnya saya dah sibuk bekerja part time kat Jusco Ayer Keroh, Melaka. Ok, hari saya nak tulis beberapa catatan berkenaan dgn percutian saya bersama frenz dan teachez yg saya sayangi. Trip kami bermula daripada Melaka ke Cameron Highland seterusnya Kelantan serta Terengganu. Trip ini mengambil masa tiga hari rasanya. Baiklah, Tanpa membuang masa dan air yang ada dlm bdn kita mula dgn hari pertama.

SELASA...

-11.30 mlm
=> Macam biasalah, kalau dah malam macam ini mesti kitorang bergerak. Lepas check in nama kat dalam bas Ustaz Rizal yang gagah lagi macho bangkit menadah tgn utk membaca doa secara berjemaah bersama-sama kitorang(pelajar2). Kemudian perjalanan dimulakan dgn bunyi kiung...kiung... bas yang kami naiki.

RABU...

-Tidak diketahui tetapi waktu matahari belum terbit iaitu pagi gelap.
=> Aku tersedar. Bas ini dah mula ke kiri dan ke kanan. Memang tidak disangkalkan lagi, aku dlm perjalanan mendaki puncak Cameron. Lantaklah lepas tu, aku tak leh tido.

-5.30 pg
=> Kami tiba di Cameron Highland dimana puncak yg atas itu. Yang peliknya aku malas nak keluar. Takde masa aku. Takde tenaga dan niat utk keluar. Apa-apa hal rehat dulu sebab masjid dekat jer ngan kitorang. Sambung...zzzzzzzz...

-6.10 pg
=> Selepas azan berkumandang, kami turunlah utk menunaikan tanggungjawab sebagai umat islam. Jejak jer kaki kat lantai masjid, pehhhh.... bergetar kaki sy. Memang betul2 sejuk. Belum campur lagi dgn airnya yg begitu sejuk. Walaubagaimanapun, tetap berwudhuk dan solat. Takleh tinggal, dosa tau. Kepada semua yg diluar sana jgn meniggalkan solat. Haram meninggalkan solat. Solat perkara yg wajib.



-7.15 pg
=> Kitorang mula bersarapan. Yang lucunya, saya order langsung tak sampai. Terpaksa la berlapar. Tapi ada yg baik bagi sy air yg dia tak nak. Dapat jugak alas perut. Kalau nak tgk gerai-gerai kat sana sy ada gambarnya di bawah ini.


-8.30 pg
=>Masa yg ditunggu-tunggu telah tiba. Kami pergi melawat kawasan ladang teh dan kilang teh. Masuk jer dlm kilang, hidung sy dah mula megerang kesaiktan sebab tak tahan bau teh yang begitu pekat selepas dihancurkan. Ada yg dlm proses. Kitorang dapat lihat procedure cara pembuatan teh uncang dan dipek kan. Biasanya telan jer air teh tu tapi tak pernah tengok cara pembuatannya.






-10.30 pg
=> Kami pun mengambil kesempatan dgn pergi ke gerai-gerai sekitar Cameron Highlands. Yang menarik perhatian sy, buah apple Cameron berbentuk bujur dan warnanya hijau serta jalurnya adalah warna merah. Pada mulanya sy tidak percaya dengan kata2 cikgu Zaki sy yg memberitahu buah yg kami nampak itu adalah buah apple Cameron. So, saya check it out lah kat kedai tersebut. Selepas sy soal siasat peniaga tersebut, barulah sy mengesahkan kenyataan cikgu sy itu. Lepas membeli kitorang pun belah la seperti slogan 'membeli belah'.



-11.00 pg
=> Kitorang pun bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Kelantan. Dalam perjalanan tersebut macam biasa lah, bas akan terhuyung-hayang sebab turun dari gunung. Setelah perjalanan kami jauh berabad lamanya, sampai jugak kitorang pada pukul 2.30 petang. Apa lagi mencekik kat warong la. Perut pun ngah kecut macam kain jemuran. Bas kat bawah ini pun nak rehat jugak setelah sekian lama mengulingkan kakinya yang bulat itu.


-4.30 ptg
=> Singgah di Masjid Mukim Keroh. Kitorang solat Jamak Takhir kat sana.

-6.30 ptg
=> Setelah lama berjalan, kitorang tiba juga di tempat penginapan. Kitorang tidur Homestay. Rumahnya sampai tiga tingkat sekali. Macam biasalah, laki ngan perempuan kena duduk berasinganlah. Takkan nak duduk sebumbung pula, kang org2 masjid bawak parang serbu kitorang lak.

-8.00 mlm
=> Tiba la masa utk kitorang semua isi perut. Yang bestnya, cikgu kitorang bagi bebas sampai pukul 12.00 mlm. Apalagi, budak2 laki jln dgn diorang punya awek lah. Lepas tu, sy yg SINGLE ni tinggal sorang jer. Tapi ada juga kawan kat situ. Budak laki yg ikut 10 org jer. Skit benar.

Kitorang jalan2 kat Wakaf Che' Yeh. Macam2 barang ada. Ada baju, seluar, kain dan semua perkara yang sama waktu dgnnya lah. Semua ada. Lepas jln2 keliling kawasan tersebut sy pun mula naik bosan. Nadreez pula ajak sy pergi Kafe Siber. Apalagi ikut jer la. Buka Fb sampai lah pukul 11.30 mlm baru kitorang naik bas. Masa kitorang naik bas, semua budak2 dah ada. Kitorang pun malu2 kucing. Cikgu tanya sy, "mana awak pergi?". Sy pun jawab,"Sesat jalan". Malas nak bagi jawapan panjang2. Kitorang pun gerak pulang ke homestay dan tidur senyenyak yg mungkin.
*S0Rry k4l4u taK l3t4K Gamb4r. T3rL4lu pR1\/45i*

KHAMIS...

-6.35 pg
=> Kitorang (budak2 laki, bukan perempuan) bangun pagi solat subuh. Yg paling menyirap, bilik air takde lampu. Air nak mandi pula skit. Walaubagaimanapun, kitorang tetap cool dan stady. Kitorang bersiap utk perjalanan seterusnya.

Then, sory sgt..... Citer ni takde ending sebab aku dah malas nak catat... Tapi walaubagaimanapun, gua akan update kategori Journeys ini untuk aktiviti yang lain.

Wassalam...

"Kalau korang nak tau, lepas abis jalan2 kitorang balik lah kan, takkan nak lepak lagi kot. Bukan ada umah pun kat sana."
 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy