RSS
Hello! Welcome to this blog. Rasai keseronokan di dalam blog ini. Saya harap anda enjoy sentiasa. Have a nice day!!!.

Peta Minda



Peta Minda adalah salah satu cara untuk kita meningkatkan potensi minda kita kerana maklumat yang dibawa oleh otak sungguh ringkas dan padat.

Kelebihan:
- Memudahkan untuk menghafal
- Mempercepatkan pemikiran di dalam otak
- Lebih mudah difahami
- Hanya memerlukan maklumat dlm satu kertas sahaja
- Ringkas dan padat

Kajian telah membuktikan peta minda dapat meningkatkan pemahaman otak sebanyak 74%. Ini kerana dengan adanya penambahan grafik yang cantik dan adanya akronim (kata singkatan).

Dibawah ini cara2 utk membuat peta minda yg bagus:

1. Membuat nota ringkas dan padat.
2. Meletakkan gambar yang berkenaan dgn maklumat yg dicatat.
3. Letak Grafik menarik, spt:
-awan
-taufan
-grafiti
4. Guna Akronim (kata singkatan), spt:

PDA
P-Pekerjaan
D-Dan
A-Asas

Jadi itulah caranya. Kalau anda hendak contoh, boleh lihat gambar diatas itu. Peta minda itu dihasilkan oleh saya.

Penghargaan

Kepada: Ketua Menteri Melaka, Datuk ALi bin Rustam

&
Syarikat PNI NEURON

&

Guru-guru Malaysia

kerana mereka sanggup berusaha untuk mendidik anak2 bangsa. Wassalam...

Biodiversity


Biodiversity merupakan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini secara keseluruhannya. Termasuklah haiwan, manusia dan tumbuhan. Mereka hidup di dalam satu kelompok yang dipanggil Ekosistem.

Ekosistem merupakan satu kelompok interaksi di antara hidup dengan bukan hidup. Seperti kita manusia, membela haiwan, menanam pokok dan berinteraksi dengan mereka. Ekosistem sangat penting dalam menjalankan kitaran hidupan yang sempurna. Hal ini disebabkan setiap oragnisma memerlu diantara satu sama lain. Seperti rantai makanan:

Rumput ---> Lembu ---> Manusia

dan seperti juga kitaran karbon dioksida yang memerlukan manusia dan tumbuhan. Kitaran seperti inilah yang membantu kita untuk hidup. Kitaran seperti ini juga dipanggil sebagai SUNNATULLAH iaitu peraturan Allah telah ditentukan-Nya.

Kita perlu bersyukur kepada ALLAH yang sentiasa memberi kita pelbagai nikmat di dunia ini seperti bernafas, bercakap, mendengar, dan lebih 1001 nikmat lagi yang tidak dapat dihitung oleh kita. Jadi sama-sama kita fikirkan dengan nikmat yang telah diberi oleh-Nya. Wassalam

Juara Piala Dunia 2010 !!!


Selepas sekian lama 5 perlawanan FIFA World Cup dijuarai oleh pasukan Brazil tetapi kini yang muncul juara adalah pasukan Sepanyol yang sebelum ini telah menjuarai EURO 2008. Ini adalah detik gembira bagi pasukan Sepanyol setelah sekian lama berusaha untuk mendapatkan Piala Dunia ini dan kali ini adalah kejuaraan yang pertama bagi pasukan Sepanyol di dalam FIFA World Cup.
Perlawanan diantara Sepanyol dan Belanda ini sungguh mencabar dan berdebar hati-hati penonton yang menontonnya. Pertempuran ini berlaku di Soccer City Afrika Selatan dimana pasukan Sepanyol diketuai oleh Iker Casillas. Masa tambahan selama 30 minit telah diberikan setelah masa 90 minit tiada gol yang dihasilkan.

Pemain Sepanyol, Andres Iniesta, telah menyerikan wajah-wajah pemain Sepanyol setelah memberikan gol yang pertama bagi perlwanan ini. Gol tersebut telah dihasilkan pada minit ke-116. Gol tersebut hampir menimbulkan kontroversi kerana rami yang mendakwa pemain tersebut telah offside. Saya tidak mahu membuat penilaian tetapi saya beri kepada anda link video tersebut klik dibawah:


Tetapi walaubagaimanapun Sepanyol adalah juara FIFA World Cup 2010 dengan kemenangan 1-0 ke atas Belanda.



Pemain Sepanyol Iker Casillas telah menerima sarung tangan emas selepas menerima penjaga gol terbaik manakala Muller pemain Jerman menerima kasut
emas selepas menerima pemain muda terbaik FIFA WORLD CUP 2010.

Wassalam...

Komik atau Novel


"Komik ada grafik ,best, tapi nanti ibu bapa cakap benda bukan-bukan. Novel
bagus tapi panjang lebar ceritanya. Eeh, peningnya mana nak pilih, boleh jadi
gila macam ini.", remaja ini berrmonolog sendirian. So, kita pergi tanya
pendapat remaja-remaja sekarang. Bawah ini pendapatnya:-

Peminat KOMIK:

"Saya rasa komik lebih baik daripada novel kerana ada grafik dan warna yang
hebat serta padat dengan cerita", Iskandar Macho...

Peminat Novel: (saya sendiri)

"Saya berpendapat novel tidak kurang bagusnya kerana ianya menguji imaginasi
diri seseorang dan meningkatkan kreativiti diri."' hehehe...jangan marah.

Ini pendapat diorang. Korang lak macam mana mesti ada pendapat yang
berbeza. Jadi aku sarankan korang bagi pulak pendapat korang dengan respon
komen yang disediakan di bawah.

KOMIK @ NOVEL ???...

FIFA World Cup 2010


Kini Piala Dunia digegarkan di Benua Afrika. 32 pasukan di seluruh dunia kini berentap sekali lagi bagi merebut piala emas yang diidam-idamkan sekian lama. Seramai 30 pengadil di setiap pelosok benua dilantik bagi menegakkan keadilan permainan dan yang menarik seorang anak jati yang berasal dari Benua Asia juga rakyat Malaysia dilantik menjadi pengadil yang ke-4. Sungguh menarik sekali.

Bola yang diberi nama Jabulani kini turun di padang bumi Afrika Selatan bagi diboloskan ke dalam pintu gol. Ramai yang sangka England yang terhebat tetapi sayang sekali pasukan Eropah tersebut terkeluar sebelum masuk ke dalam suku akhir. Kini mungkinkah Brazil dapat mengulangi sejarah WORLD CUP dengan menjadi juara dunia sekali lagi setelah sekian lama memegang sebagi juara terhebat di dunia.

Nak tahu kisah selanjutnya, tonton perlawanan bola di TV dalam pelbagai rancangan di kaca televesyen anda...Wassalam .
 
Copyright 2009 Hiburan Remaja. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Free Blogger Layouts | Bloggerized by Miss Dothy